Siakap Keli
sambal nyet sold out masa terpantas dua minit
Kredit: Twitter Khairul Aming

“Sold Out” Terpantas, 13,000 Botol Sambal Nyet Terjual Dalam Masa 2 Minit

“Sold Out” Terpantas, 13,000 Botol Sambal Nyet Terjual Dalam Masa 2 Minit

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming (KA) sekali lagi menggemparkan negara apabila mencatat rekod ‘sold out’ Sambal Nyet terpantas dalam masa hanya dua minit.

Menurut KA, pihaknya sebelum ini menambah stok Sambal Nyet di laman Shopee sebanyak 13,000 botol pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Menerusi laman Twitter, Khairul Aming (@khairulaming) memaklumkan berita tersebut dengan disertai satu video berdurasi 46 saat hari ini.

Dalam video berkenaan, KA menunjukkan notifikasi pesanan Sambal Nyet yang bertalu-talu masuk di telefon bimbitnya sebaik sahaja produk itu mula dijual.

Ekoran itu, KA dilihat tergaman seketika, seolah-olah tidak menyangka Sambal Nyet mendapat sambutan begitu luar biasa kali ini.

Menurut Khairul Aming, ini merupakan rekod ‘sold out‘ terpantas yang pernah dicapai oleh pasukan Sambal Nyet sejak tiga tahun terlibat dalam perniagaan tersebut.

“Tengah hari tadi kita restock 13,000 botol Sambal Nyet and sold out dalam masa 2 minit. Ni paling laju sold out sepanjang 3 tahun berniaga,”

Pada akhir video tersebut, Khairul Aming memaklumkan telefon tersebut berkemungkinan ‘hang’ disebabkan menerima terlalu banyak notifikasi pada masa yang serentak.

Berdasarkan perkiraan, jualan 13,000 botol Sambal Nyet pada tengahari tadi mencapai hasil jualan sebanyak kira-kira RM181,870.

Untuk makluman, pempengaruh tersebut telah mengehadkan pembelian kepada empat botol maksimum bagi satu pembelian sahaja.

Permintaann Sambal Nyet meningkat sebanyak tiga kali ganda semasa bulan Ramadan

Sebelum ini, Khairul Aming memaklumkan, permintaan Sambal Nyet meningkat sebanyak tiga kali ganda. Walau bagaimanapun, pihaknya tidak akan menjual produknya melebihi kapasiti pengeluaran.

Hal ini kerana, usahawan tersebut tidak mahu stafnya mengalami kelesuan upaya (burn out) akibat peningkatan kapasiti pengeluaran.

Bagi usahawan tersebut, adalah penting baginya untuk menyeimbangkan antara permintaan dengan kapasiti pengeluaran.

Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) kerana tim yang supportive (memberikan sokongan) macam ini,”

BACA: Dah Bagi Duit Raya ‘Tebal’, Khairul Aming Siap Belanja Persiapan Raya Staf Lagi

Sumber: Khairul Aming via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma