Siakap Keli
jimmy the jester maut kemalangan
Kredit: Instagram

Bintang Gusti, ‘Jimmy the Jester’ Maut Dalam Kemalangan

Bintang Gusti, ‘Jimmy the Jester’ Maut Dalam Kemalangan

Bintang sukan gusti, James Pasquale, 34, yang dikenali dengan nama pentasnya, ‘Jimmy the Jester‘ dilapor maut dalam satu kemalangan kereta, lapor The Sun.

Difahamkan, penggusti asal New Jersey itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut.

Penggusti profesional itu memulakan karier gustinya pada 2019 dan merupakan ahli Monster Factory, iaitu sebuah sekolah sukan gusti yang ditubuhkan pada 1983.

Sepanjang kariernya, beliau telah bersaing dalam WWWA, Lucha Riot, Titan Championship Wrestling Entertainment, Atomic Championship Wrestling dan Stand Alone Wrestling.

Pasquale telah mencipta namanya dalam sukan gusti menerusi pergerakan sepakan tinggi dan kemahiran teknikalnya. Beliau kemudian menjadi penggusti pilihan peminat dan memenangi beberapa kejohanan gusti sepanjang karier.

Dalam pada itu, seluruh komuniti sukan berkenaan telah berkongsi kesedihan atas pemergian ‘The Clown Prince of Professional Wrestling’ dalam usia yang agak muda.

Pemilk Monster Factory, Danny Cage mengungkapkan rasa sedihnya atas pemergian penggusti berkenaan menerusi satu ciapan di Twitter.

”Saya baru sahaja kehilangan seseorang yang saya harap mampu melangkah menerusi pintu Monster Factory sekali lagi.

”Sebelum ini, saya mendengar dia mahu kembali kepada kami. Jimmy the Jester, bakal dirindui,” katanya.

Rakan seperjuangan kongsi rasa duka

Seorang lagi tenaga pengajar di sekolah gusti tersebut, Missy Sampson turut berkongsi rasa duka yang sama.

”Kami di Monster Factory kehilangan seorang ahli, satu-satunya Jimmy The Jester. Dia seorang lelaki yang ceria dan baik hati.

”Kamu pergi terlalu awal. Hanya doa mampu kami kirimkan kepada keluarga dan sahabatnya. Semoga berjumpa lagi,” katanya.

jimmy the jester maut kemalangan
Kredit: Instagram

Find Yourself Wrestling, merancang untuk memberikan penghormatan kepada bintang gusti itu dalam acara mereka seterusnya pada minggu hadapan.

”Kami di FYW amat berduka cita dengan berita pemergian James Pasquale AKA Jimmy The Jester,” kata organisasi tersebut menerusi satu ciapan.

BACA: Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu

BACA: Lelaki Bakar 13 Motosikal Ditahan Di KLCC – Polis

Sumber: Daily Mail

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.