Siakap Keli
aset achraf hakimi ibu
Kredit: MARCA

Aset Atas Nama Ibu, Hiba Abouk Rasa Hiba, Mungkin Tak Dapat Tuntut Harta Achraf Hakimi

Aset Atas Nama Ibu, Hiba Abouk Rasa Hiba, Mungkin Tak Dapat Tuntut Harta Achraf Hakimi

Pelakon, Hiba Abouk dilaporkan berkemungkinan tidak dapat menuntut separuh daripada harta sepencarian suaminya, Achraf Hakimi.

Ia selepas wanita itu mengejutkan dunia sebelum ini apabila menfailkan penceraian terhadap bintang PSG berkenaan.

Difahamkan, prosiding cerai tersebut disertai dengan tuntutan harta sepencarian yang meminta Hakimi menyerahkan separuh daripada hartanya.

Walau bagaimanapun, mahkamah memberikan keputusan yang agak mengejutkan apabila suaminya yang didakwa seorang jutawan, tidak memiliki apa-apa aset dari kaca mata undang-undang.

Semua aset Achraf Hakimi atas nama ibu

Menurut laporan media MARCA, keputusan itu dibuat selepas hampir semua harta dan aset milik Hakimi diletakkan di bawah nama ibunya.

Hakimi merupakan salah seorang bintang bola sepak yang menerima gaji tertinggi dalam saingan Ligue 1. Dia menerima gaji kira-kira 1 juta euro (RM4.89 juta) setiap bulan. Namun begitu, Hakimi dilapor telah mendepositkan hampir 80 peratus sumber pendapatan itu ke akaun ibunya.

Hakimi juga dikatakan tidak mempunyai sebarang hartanah seperti tanah dan rumah termasuk kereta serta barang perhiasan yang didaftarkan di atas namanya.

Secara keseluruhan, Hakimi dan ibunya memiliki harta berjumlah kira-kira 70 juta Euro (RM 342.14 juta). Menurut laporan media Siasat, semua perbelanjaan bintang bola sepak dunia itu akan menggunakan wang yang diberikan oleh ibunya.

Malah ada kalanya, Hakimi turut meminta ibunya membelikan sesuatu bagi pihaknya apabila diperlukan.

Berdepan tuduhan merogol

Dalam pada itu, Hiba Abouk dilaporkan memfailkan penceraian selepas Hakimi disiasat atas pertuduhan merogol oleh pihak berkuasa Perancis. Jenayah tersebut didakwa berlaku di rumah mereka ketika isteri dan ahli keluarganya yang lain bercuti di Dubai.

Abouk sebelum ini dilaporkan pernah berkata dia berada di pihak mangsa dalam kes melibatkan suaminya. Siasatan melibatkan Hakimi berisiko meletakkan kariernya dalam situasi bahaya seandainya didapati bersalah.

Nama Hakimi mula menjadi sensasi dan sebutan dunia selepas tindakannya meraikan kemenangan-kemenangan Maghribi dalam perlawanan Piala Dunia lalu bersama ibunya di atas padang.

BACA: Cemas, Letupan Kedengaran Ketika PM Jepun Mahu Berucap

Sumber: Siasat, MARCA, Al-Arabiya

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma