Siakap Keli
Guru besar maut
Kredit Sinar Harian

Guru Besar Maut Kemalangan, Angkara Pemandu Positif Dadah

Guru Besar Maut Kemalangan, Angkara Pemandu Positif Dadah

Seorang Guru besar Sekolah Kebangsaan Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh, Machang.

Memetik Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku pada 4.3o petang semalam itu telah mengorbankan mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55 tahun. Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang berlaku di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, sebelum kejadian berlaku, seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam dalam perjalanan dari Machang ke Pasir Puteh telah melalui jalan tersebut.

Dirempuh dari arah bertentangan

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan. Lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.

“Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan. Lalu memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Zaizul, wanita itu dipercayai telah merempuh mangsa selepas dia tidak sempat untuk mengelak.

Bagi menjalankan siasatan lanjut, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori telah ditahan.

Hasil pemeriksaan air kencing lelaki tersebut juga mendapati bahawa dia positif dadah jenis methampetamine.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, sebuah trak jenis Mack milik Kerabat Diraja Johor dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara Selatan, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.50 petang semalam. Kemalangan itu turut menyebabkan sebuah lori dan kereta mengalami kerosakan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila tayar treler itu pecah secara tiba-tiba ketika ia sedang bergerak dari arah utara menghala ke selatan.

“Tiada kecederaan dilaporkan oleh kesemua mangsa termasuk pemandu treler Mack terbabit yang berusia 39 tahun.

“Kes diklasifikasikan dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan satu rakaman video pendek yang menunjukkan kemalangan membabitkan trak Mack milik Kerabat Diraja Johor tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka