Siakap Keli
Cara Anyam Ketupat Daun Kelapa

Senang, Abang Ni Ajar Cara Nak Anyam Sendiri Ketupat Daun Kelapa

Senang, Abang Ni Ajar Cara Nak Anyam Sendiri Ketupat Daun Kelapa

Ketupat ialah sejenis makanan yang dianyam menggunakan daun kelapa dan diisi dengan beras pulut sebelum ditanak selama beberapa jam.

Setiap kali menjelang hari raya, ketupat ini dipadankan dengan hidangan seperti rendang ayam atau daging serta kari ayam atau juga kari daging. Bersama ‘saudaranya’ lemang, ketupat adalah juadah wajib ada di setiap rumah pada hari raya.

Macam-macam jenis ketupat yang boleh kita temui, antaranya ketupat palas, ketupat bawang, ketupat nasi, ketupat jantung dan banyak lagi.

Kini ketupat instant ada dijual dipasaran mudah untuk disediakan, tapi apa salahnya kan kalau kita menganyam ketupat ikut cara tradisional.

Baru-baru, satu video tentang cara menganyam ketupat menggunakan daun kelapa telah dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @aminxabid   

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan dibawah ini, semoga bermanfaat.

Cara ‘anyam’ Ketupat Menggunakan Daun Pokok Kelapa

@aminxabid

Lagi berapa hari je kome

♬ original sound – Nashrul Sekon – Nashrul Sekon

Langkah pertama, ambil daun kelapa dan potong di bahagian hujung daun. 

Langkah kedua, potong di sisi daun kelapa. Setelah itu, bahagikan daun itu sehingga sama rata.

Langkah ketiga pula, ambil dua daun yang telah dibelah sama rata tadi anggarkan panjang lilitan itu sejengkal. Kemudian lilit sebanyak tiga kali ke tangan kiri dan kanan anda.

Langkah keempat, anyaman daun kelapa yang berada di tapak  tangan sebelah kanan dimasukan kedalam lilitan tangan sebelah kiri secara berselang seli. Pastikan lilitan yang dimasukkan itu  bermula dari bawah dan barulah ke atas  sebanyak tiga kali. 

Langkah keenam, ambil lebihan anyaman di hujung tangan kiri dan lilit menuju ke bawah sehingga bertemu hujung lilitan di sebelah kanan.

Cara Anyam Ketupat Daun Kelapa

Langkah ketujuh,  lilitan sebelah kanan pula dililit menghadap ke atas bertemu dengan anyaman sebelah kiri.

Temukan kedua-dua hujung supaya saling bertentangan sehinggalah lilitan hujung anyaman ketupat itu kelihatan ada dua daun yang panjang dan sebelah lagi pendek. Sama juga  dengan dibawah.

Cara Anyam Ketupat Daun Kelapa

Langkah kelapan, tarik perlahan-lahan  kedua-dua lilitan daun yang panjang dan pendek di hujung anyaman itu. Kemudian, tarik dan ketatkan anyaman tersebut. Anyaman ketupat dah siap!

Cara Anyam Ketupat Daun Kelapa

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

BACA: Silap Tekan Loceng Rumah, Remaja Ditembak Dua Kali

Sumber: Tiktok @aminxabid

Ezzatul Syafiqah