Siakap Keli
juara pertandingan tilawah jordan
Kredit: Facebook Education Malaysia Jordan-EMJ

Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Tilawah Peringkat Inter-varsiti Di Jordan

Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Tilawah Peringkat Inter-varsiti Di Jordan

Mahasiswa Malaysia, Ahmad Luqman Ahmad Zaini mengharumkan nama Malaysia apabila meraih gelaran juara dalam pertandingan tilawah inter-varsiti Jordan, 16 April lalu.

Menurut hantaran Facebook rasmi Education Malaysia Jordan-EM, beliau merupakan pelajar tahun empat yang melanjutkan pelajaran di Wise University, Jordan.

Dalam hantaran tersebut, badan berkenaan telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas Ahmad Luqman atas kejayaannya yang diperolehi dalam pertandingan yang diadakan di Hotel Marriot, Amman.

Untuk makluman, beliau telah dinobatkan sebagai juara setelah mengatasi persaingan sengit daripada 245 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa di Jordan.

Kejayaan ini membolehkan beliau untuk membawa pulang hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah 2000 dinar Jordan (RM12482.53).

Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh peserta dari Filipina, dan kedudukan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Syria.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid sebagai rangsangan moral dalam pertandingan terbabit.

Berikutan kejayaannya di Jordan, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) turut mengucapkan tahniah menerusi hantaran Facebook baru-baru ini.

Difahamkan, Ahmad Luqman merupakan bekas penuntut di Darul Quran, sebuah institusi pengajian Al Quran di bawah seliaan JAKIM.

“Bekas Pelajar Darul Quran JAKIM, Saudara Ahmad Luqman Bin Ahmad Zaini, pelajar tahun empat di Wise University, Jordan telah berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai pertandingan tilawah inter-varsiti yang diadakan di Hotel Marriot, Amman.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengucapkan tahniah kepada saudara Ahmad Luqman atas kejayaan tersebut.”

Terdahulu, Ahmad Luqman bin Ahmad Zaini berjaya merangkul johan dalam pertandingan Musabaqah Hafalan Al-Quran Peringkat Asia Pasifik.

Menurut hantaran Facebook Majlis Amanah Rakyat, alumni pelajar MRSM Ulul Albab Gemencheh itu meraih kejayaan tersebut pada 2018.

https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/photos/alhamdulillah-tahniah-kepada-ahmad-luqman-bin-ahmad-zaini-alumni-pelajar-mrsm-ul/1705788889457155/

Selain Ahmad Luqman, Mohd Dzulfaqar Mohd Zaini turut menjuarai pertandingan hafalan al-Quran tersebut.

Masing-masing menjadi Johan dalam kategori 10 dan 20 juzuk selepas menewaskan 70 peserta lain dari 14 buah negara.

BACA: Bukan Sekadar Tentukan Puasa & Raya, Kepentingan Ilmu Falak Lebih Dari Itu

Sumber: Education Malaysia Jordan-EMJ, JAKIM, Majlis Amanah Rakyat via Facebook 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.