Siakap Keli
lelaki tertinggal isteri dan anak
Kredit: Kompas.com

Lelaki Tak Sedar Tertinggal Isteri & Anak Selepas Dua Jam Perjalanan

Lelaki Tak Sedar Tertinggal Isteri & Anak Selepas Dua Jam Perjalanan

Satu kejadian unik telah menimpa sebuah pasangan di Indonesia apabila si suami secara tidak sedar telah meninggalkan isteri dan anaknya sejauh 70 kilometer selepas berhenti untuk melihat jalan, pada Ahad malam.

Lapor Kompas.com, kejadian berlaku apabila suami isteri dari Jakarta itu dalam perjalanan menuju ke Kediri, Jawa Timur menggunakan Jalan Lingkar Utara Brebes-Tegal (Jalingkut), Jawa Tengah.

Isteri yang dikenali sebagai Siti Aminah dan anaknya telah ditinggalkan suaminya di Jalingkut, di daerah Wanasari.

Suaminya, Adam menyedari keluarganya tertinggal jauh di belakang kira-kira dua jam perjalanan setelah tiba di pantai Ulujami, daerah Pemalang.

Siti Aminah memberitahu pegawai polis bahawa dia dari Jakarta bersama suami dan anaknya mahu menuju ke Kediri menaiki motor.

Dalam perjalanan, apabila tiba di simpang Jalingkut pada 10 malam, suaminya terus membelok ke kiri dan keluar dari laluan Pantura.

Kemudian, kira-kira 200 meter Adam merasakan dia telah masuk ke jalan yang salah dan bertindak untuk berhenti seketika.

Ketika Adam merasa bingung dengan jalan yang dipilih, isterinya segera turun dari motor semasa suaminya berhenti di tepi.

Namun, suaminya tanpa sedar terus meneruskan perjalanan ke jalan Pantura dan terus bergerak ke arah timur.

Hingga tiba di sempadan Pemalang-Pekalongan, Adam berhenti lagi dan menyedari bahawa isteri dan anaknya telah tiada di tempat duduk belakang.

BACA: Isteri ‘Ceraikan’ Diri Sendiri Guna Telefon Suami

Sangka isteri dan anaknya terjatuh 

Insiden itu membuatkan Adam terkejut dan panik kerana mendapati isteri dan anaknya telah hilang.

Adam turut menyangka bahawa Siti Aminah dan anaknya terjatuh di atas jalan semasa perjalanan ke Kediri.

Selepas melakukan pemeriksaan telefon bimbit, terdapat 21 panggilan yang tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali.

Ternyata nombor tersebut adalah dari anggota Polis Brebes.

Adam dengan keadaan yang kelam kabut, terpaksa bergegas kembali ke Brebes dan ia mengambil masa dua jam lagi untuk bertemu dengan keluarganya.

Kejadian disahkan pihak berkuasa

Ketua Polis Wanasari, Triyono Raharjo mengesahkan kejadian itu terjadi pada Ahad, jam 11.40 malam, waktu Indonesia.

“Memang benar, suami isteri itu musafir pergi Kediri dengan menaiki motor,” kata Triyono pada Selasa.

Jelas Triyono, insiden itu diketahui ramai selepas penduduk di sekitar kawasan itu melihat Siti Aminah dan anaknya keseorangan ketika dalam gelap.

Sumber: Kompas.com

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.