Siakap Keli
bronok naik darat sungai melaka
Kredit Sinar Harian

Penduduk Gempar, Bronok Naik ‘Darat’ Penuhi Sungai Melaka

Penduduk Gempar, Bronok Naik ‘Darat’ Penuhi Sungai Melaka

Penduduk Sungai Melaka, Langkawi dikejutkan dengan fenomena bronok naik ‘darat’ yang dianggap aneh beberapa hari yang lalu, lapor Sinar Harian.

Kassim Ahmad, 50, seorang pencari bronok berkata haiwan laut yang seakan-akan gamat itu kebiasaannya dijumpai di pesisir pantai Kuala Muda yang berlumpur dan bukannya di kawasan air tawar.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama dalam hidupnya melihat fenomena tersebut sepanjang berpuluh tahun mencari bronok sebagai sumber pendapatan.

“Arus dari laut tolak bronok dengan lumpur sampai ke sungai ini, kalau ikut jarak tu lebih 1 kilometer juga dari pantai,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Penduduk takut untuk mengutip bronok yang mendarat

Tambahnya, walaupun ribuan bronok yang berada di darat tersebut seperti rezeki terpijak, namun dia tidak mengutipnya kerana bimbang boleh memudaratkan.

“Bronok itu ada yang sudah mati, ada yang sudah nyawa-nyawa ikan, tapi saya tak berani nak kutip sebab takut beracun,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Nor Hidayah Samad, 33, berkata, kejadian tersebut hanya diketahuinya selepas diberitahu oleh kawannya. Beliau juga sempat melihat fenomena aneh tersebut dengan matanya sendiri.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

“Kalau dengar sembang-sembang orang kampung, kejadian ini memang tak pernah jadi sebelum ini.

“Ramai yang risau fenomena ini petanda sesuatu akan berlaku sama ada hendak jadi ribut atau apa-apa sahaja. Tapi harapnya tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini, kejadian yang serupa pernah menggemparkan penduduk di kawasan Kuala Muda dan Kuala Teriang pada 2019 yang lalu. Penduduk dikejutkan dengan penemuan bronok yang memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku sejurus selepas hujan lebat dan angin kencang pada beberapa hari sebelum penemuan bronok tersebut.

Terdahulu, penemuan timun laut atau bronok di Sungai Muar, bukan sahaja membuka ruang penyelidikan kepada saintis tempatan. Tetapi  ia juga berpotensi menjadi sumber rezeki baharu masyarakat setempat menerusi hidangan juadah kerabu ‘Bronok Selatan’.

Kajian awal mendapati bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides di Sungai Muar itu amat mirip dengan spesis bronok di Pulau Langkawi. Satu daripada makanan laut yang mengangkat pulau lagenda itu sebagai destinasi penggemar hidangan berasaskan timun laut.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.