Siakap Keli
kanak-kanak lelaki bas singapura
Kredit: Instagram & Facebook

Ala-Ala GTA, Budak Bawa Lari Bas & Pandu Keliling Singapura

Ala-Ala GTA, Kanak-kanak Lelaki Bawa Lari Bas Keliling Singapura

Seorang kanak-kanak lelaki didakwa mencuri dan membawa bas mengelilingi Singapura atas sebab suka-suka, baru-baru ini.

Difahamkan, selepas mencuri sebuah bas yang diparkir di Tampine, kanak-kanak berkenaan didakwa memandunya mengelilingi negara berkenaan sebelum terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan bas itu.

Tindakan kanak-kanak ini yang tidak ubah seperti permainan Grand Theft Auto (GTA) menjadi tular di media sosial dan jadi perbualan hangat di Singapura.

Di alam maya, ada yang mendakwa kanak-kanak berkenaan memandu bas tersebut pada kelajuan melebihi 100 kilometer per jam.

Turut tular di media sosial adalah beberapa keping foto ketika pihak polis berjaya menahan kanak-kanak terbabit.

Didakwa mencuri sebuah bas dari Tampine

kanak-kanak lelaki bas singapura
Kredit: Instagram

Menurut Mothership, kanak-kanak tersebut dilaporkan tiba di lokasi bas berkenaan diparkir dengan menunggang sebuah basikal. Dia didakwa menceroboh dua buah bas kepunyaan A&S Transit yang dilietakkan di Tampines Avenue 9.

Kemudian, kanak-kanak itu membawa lari salah satu daripada bas berkenaan dan cuba memandunya. Sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berdekatan lokasi kejadian, berjaya merakam gerak geri kanak-kanak tersebut.

Selain rakaman CCTV, beberapa orang saksi turut memaklumkan kejadian terbabit kepada pihak operator bas dan segera menghubungi pihak polis.

Curi bas sebab hendak memandu secara suka-suka

Salah satu sumber mengatakan kanak-kanak tersebut mencuri bas itu atas sebab ingin membawanya secara suka-suka selama lima jam.

kanak-kanak lelaki bas singapura
Kredit: Instagram

Bas berkenaan dipercayai dipandu menuju ke lima lokasi berbeza dan menghabiskan kira-kira satu per empat daripada minyak di dalam tangki kenderaan.

Ketika dikejar pihak polis, kanaj-kanak tersebut didakwa panik dan melangga satu objek hingga menyebabkan kerosakan serius pada badan bas berkenaan.

Bas tersebut kemudian ditinggalkan di satu lokasi berdekatan persisiran pantai sebelum kanak-kanak berkenaan ditahan pihak polis.

Foto kerosakan bas yang dicuri itu turut dikongsikan oleh orang awam di media sosial.

kanak-kanak lelaki bas singapura
Kredit: Facebook

Dalam gambar itu, terdapat kesan remuk dapat dilihat secara jelas pada badan bas. Selain itu, terdapat beberapa kesan retak pada tingkap bas. Cermin sisi bas itu juga mengalami kerosakan yang agak serius.

Walau bagaimanapun, masih tidak dipastikan sama ada bas tersebut merupakan bas yang sama digunakan oleh kanak-kanak berkenaan.

BACA: Bersuamikan Anak Patung, Wanita Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

Sumber: Must Shared News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma