Berlumba Dengan Masa, Saintis Gerudi Ais Purba Artik & Simpan Untuk Masa Depan
Sekumpulan saintis kini sedang berkumpul di Artik bagi memulakan penggerudian untuk mendapatkan sampel ais purba di benua itu. Sampel berkenaan untuk tujuan analisis masa hadapan sebelum ais di kawasan itu mencair akibat perubahan iklim.
Penyelidik dari Itali, Perancis dan Norway yang terlibat dalam misi itu menyifatkan usaha berkenaan sebagai berlumba dengan masa bagi memelihara rekod penting ais. Sampel-sampel berkenaan akan dihantar ke Antartika untuk disimpan.
“Glasier pada altitud tinggi, seperti di Artik telah mula mencair pada kadar kecepatan yang tinggi. Kami ingin mendapatkan sampel ini dan menyimpannya untuk kajian saintis generasi akan datang,” kata Carlo Barbante, wakil kumpulan saintis itu.
Saintis berkumpul gerudi ais purba Artik
Lapan saintis yang terlibat dalam misi itu akan berkampung pada ketinggian 1,100 meter di atas glasier Holtedahlfonna dan merancang untuk memulakan penggerudian secepat mungkin.
Menurut laporan, mereka akan mengekstrak ais dalam satu siri tiub sedalam kira 125 meter (137 ela) dibawah permukaan. Sampel berkenaan dipercayai menyimpan data kesan geokimia beku sekurang-kurangnya sejak tiga abad lalu.
Analsis bahahn kimia dalam teras ais akan menyedikan saintis dengan data berharga tentang keadaan persekitaran masa lalu. Tetapi pakar memberi amaran bahawa pencairan ais di bahagian bawah akan mengubah rekod geo kimia yang dipelihara dalam ais purba.
Satu set daripada tiub ais yang diestrak akan digunakan untuk analisis segera. Manakala set kedua akan dihantar ke Antartika dimana sampel akan sentiasa dipelihara untuk generasi saintis akan datang. Sampel berkenaan akan disimpan dalam bekas khas dan dibawa merentasi Eropah melalui jalan laut.
Simpan untuk kajian generasi akan datang
Di Antartika, sampel berkenaan disimpan dalam tempat simpanan khas dengan suhu dikekalkan dibawah paras -5 darjah celcius. Tempat simpanan tersebut dibina didalam glasier yang terdapat di Antartika.
Dalam pada itu, presiden yayasan yang menaja misi ini, Jerome Chapellaz berkata, saintis kini terpaksa melihat satu-satunya sumber kajian utama mereka menghilang dari planet ini.
“Ini adalah tanggungjawab kita sebagai glasiologis generasi ini untuk memastikan sedikit daripadanya (ais) terpelihara untuk masa depan,” katanya.
Pelepasan karbon hasil aktiviti manusia memanaskan planet ini sebanyak 1.1 darjah celsius sejak abad ke-19. Kajian menunjukkan bahawa Artik memanas antara dua dan empat kali lebih cepat daripada purata global.
BACA: Ala-Ala GTA, Budak Bawa Lari Bas & Pandu Keliling Singapura
Sumber: NSTV