Siakap Keli
lelaki maut pokok tumbang
Gambar: Bernama

Lelaki Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Lelaki Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

SUNGAI PETANI, 26 April (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa S.Karthigesu, 52, yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian ini pada 8.27 malam tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya diketuai Pegawai Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah digerakkan ke lokasi.

Baca: Rezeki Ramadan, Tengah ‘Shopping’ Raya Ada Yang Tawar X70 Percuma

“Setibanya di lokasi, mangsa dilaporkan tersepit di dalam kereta, mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Jurucakap itu berkata lima lagi kenderaan turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang namun setakat ini jumlah dan status mangsa belum diketahui sepenuhnya kerana mereka dihantar ke hospital oleh orang awam.

Beliau berkata lebih 10 pokok tumbang di sekitar lokasi kejadian dan jentera bomba turut mengalami kesukaran untuk bergerak ke lokasi berikutan terdapat tiang elektrik tumbang merintangi jalan raya.

“Operasi mengalihkan pokok tumbang telah dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuklah polis, KKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.