Siakap Keli
X70 percuma

Rezeki Ramadan, Tengah ‘Shopping’ Raya Ada Yang Tawar X70 Percuma

Rezeki Ramadan, Tengah ‘Shopping’ Raya Ada Yang Tawar X70 Percuma

Pasti ramai antara kita yang dah buat persiapan untuk raya. Bukan apa, buat persiapan awal ni supaya tak kalut di kemudian hari. Selain beli baju raya, ada juga yang beli kereta baru sempena raya, barulah meriah dan best balik kampung nanti walau kena hadap jem.

Tapi kan, tak semestinya kena beli. Ada juga cara nak dapat terus kereta baru seperti Proton X70 atau Perodua Myvi baru untuk dibawa pulang waktu raya nanti. Yang bestnya, tak perlu keluar modal yang tinggi pun, tup-tup boleh dapat kereta 

Wow! Fantastik Raya

Caranya mudah je sebenarnya. Dengan menyertai kempen Wow! Fantastik Raya dari AEON Credit, anda berpeluang untuk menang kereta baru tau. Korang juga berpeluang menangi pelbagai hadiah sekiranya buat pembiayaan AEON Credit sempena Aidilfitri ini.

Hadiah yang ditawarkan

AEON Credit nak belanja RM450,000 kat korang sebagai hadiah yang ditawarkan sekiranya korang sertai dan bertuah untuk memenangi kempen ni tau.

Antara hadiah lain yang ditawarkan adalah sebuah Proton X70 untuk hadiah utama, 2 buah Perodua Myvi untuk pemenang hadiah pertama, 5 buah Apple iPhone 14 untuk hadiah kedua, RM100 hadiah wang tunai kepada 100 pemenang hadiah saguhati 1 dan RM50 ganjaran tunai untuk 9,000 pemenang bagi hadiah saguhati 2.

Banyak gila kan? Bila dah tahu hadiah menarik yang ditawarkan, mesti ramai yang nak tahu macam mana nak sertai kempen ni kan? Okay, korang boleh tengok kat bawah ni supaya tak terlepas peluang nak pandu kereta baru balik kampung raya nanti dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan tu.

Shopping barang raya, boleh dapat kereta

Untuk sertai dan menang hadiah-hadiah menarik ni, korang cuma perlu mohon pembiayaan AEON Credit dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Tempoh kempen ni adalah dari 22 Mac hingga 31 Mei ini. So, dalam tempoh tu korang kenalah cepat-cepat apply pembiayaan dari AEON Credit & berbelanja minimum RM3,800 guna AEON Credit Card bagi melayakkan diri sertai kempen ni tau. Jadi sambil-sambil shopping raya, dapatlah korang peluang menang kereta.

Rugi kalau tak sertai. Tambah-tambah bakal nak sambut raya ni. Bila ada kereta baru, barulah tak sakit kepala sangat nak hadap jem balik kampung nanti.

Syarat-syarat penyertaan

Kempen ini terbuka untuk semua pemohon dan pelanggan AEON Credit. Pelanggan yang nak mohon pembiayaan peribadi, ansuran mudah, pembiayaan motosikal dan pembiayaan automotif ni, perlu diingatkan bahawa kesemua permohonan ini perlu dikemukakan pada 22 Mac 2023 dan tidak lewat daripada 31 Mei 2023 tau. Jadi, cepat-cepatlah mohon sebelum sampai tarikh tu untuk mengelakkan dari terlepas peluang memenangi hadiah menarik ni.

Untuk yang buat permohonan kad kredit baharu pula perlu dikemukakan pada 22 Mac 2023 dan tidak lewat daripada 31 Mei 2023. 

Bagi pemegang kad kredit AEON Credit yang sedia ada pula, anda perlu mengumpul perbelanjaan termasuk pendahuluan tunai (Cash Advance) sekurang-kurangnya RM3,800 dari 22 Mac hingga 31 Mei 2023.

Kalau berminat dan nak tahu lebih lanjut mengenai cara nak menang hadiah menarik ni, klik di sini

Aqmal Ezany

I write what is right