Bagi mereka yang gemarkan muzik, makanan dan aktiviti hujung minggu, ada satu acara menarik yang bakal berlangsung di Sunway Square, Selangor pada November ini.
Menariknya, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati persembahan muzik dan meneroka gerai tempatan, malah berpeluang menikmati pelbagai jenis biskut Julie’s secara percuma tanpa had.
Dikenali sebagai Julie’s Crackers Rave, festival selama dua hari itu akan berlangsung pada 21 dan 22 November 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Sunway Square (L1 Driveway).
Berbeza dengan festival muzik biasa, acara ini menggabungkan konsep rave waktu siang dengan pelbagai aktiviti santai yang sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama rakan atau keluarga.
Festival ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan Julie’s Salty Crackers, produk baharu yang mula berada di pasaran sejak April lalu.

Empat Zon Menarik Untuk Diterokai
Sepanjang festival berlangsung, pengunjung boleh meneroka empat zon utama yang menawarkan pengalaman berbeza.
Antara yang menjadi tumpuan ialah The Main Floor, iaitu pentas utama yang menampilkan persembahan muzik elektronik (EDM) daripada lapan DJ tempatan.
Antara DJ yang bakal memeriahkan suasana termasuk Curzone, Ashley Lau dan Leonard Sinclair. Persembahan muzik techno dan rentak melodi yang bertenaga dijadualkan berlangsung dari jam 2 petang hingga 6 petang.
Bagi yang gemarkan aktiviti membeli-belah, The Market pula menghimpunkan pelbagai gerai usahawan kreatif dan jenama gaya hidup tempatan.
Pengunjung boleh mendapatkan pastri yang baru dibakar, kopi, snek serta mencuba aktiviti kraf seperti menghasilkan hiasan menggunakan manik Perler.

Sementara itu, Crackers Experience Zone menawarkan aktiviti interaktif yang berbeza sepanjang dua hari festival.
Pada 21 November, pengunjung boleh menyertai sesi Sip & Spill menerusi segmen Off The Records bersama hos Ming Yue dan Graeme. Mereka akan berinteraksi dengan pengunjung menerusi sesi temu bual santai sambil menikmati biskut.
Keesokan harinya, zon tersebut akan menampilkan The Crackers Lab yang mengetengahkan demonstrasi masakan secara langsung bersama Jun and Tonic.
Menariknya, pengunjung berpeluang menyaksikan penyediaan hidangan canapé menggunakan biskut Julie’s, termasuk Golden Crackers bersama tomato perap kicap dan keju mozzarella. Hidangan tersebut turut boleh dirasai oleh pengunjung.
Nikmati Empat Perisa Julie’s Crackers Tanpa Had
Jika ingin berehat seketika daripada kesibukan festival, pengunjung boleh singgah di The Alfresco Lawn, iaitu ruang santai yang disediakan untuk mereka berehat sambil menikmati biskut.
Lebih menarik, keempat-empat perisa Julie’s Crackers boleh dinikmati tanpa had sepanjang acara, termasuk Salty Crackers, Golden Crackers, Butter Crackers dan Sugar Crackers.

Sampel biskut turut disediakan di setiap zon menerusi kru yang akan bergerak di sekitar kawasan festival untuk mengedarkan kudapan kepada pengunjung.
Bagi yang belum mencuba produk terbaharunya, Julie’s Salty Crackers hadir dengan tekstur ringan dan rangup, dibakar sehingga keemasan serta ditaburi kristal garam untuk memberikan rasa masin yang menyelerakan.
Biskut ini juga boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama sos celup dan sapuan kegemaran.
Beli Empat Pek, Boleh Tebus Cawan Eksklusif
Selain menikmati pelbagai aktiviti, pengunjung juga berpeluang membawa pulang cenderahati istimewa menerusi pembelian produk di festival berkenaan.
Mereka yang membeli mana-mana empat pek Julie’s Crackers akan menerima Crackers Rave Sip Cup edisi eksklusif, tertakluk kepada ketersediaan stok.
Bukan itu sahaja, cawan tersebut turut boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun 10 peratus bagi pembelian di mana-mana gerai yang mengambil bahagian di The Market.
Jadi, bagi yang merancang aktiviti hujung minggu, Julie’s Crackers Rave boleh menjadi salah satu destinasi untuk dikunjungi bersama rakan atau keluarga.
Dengan persembahan muzik, gerai artisan, aktiviti interaktif dan biskut percuma tanpa had, pengunjung boleh menikmati pengalaman festival yang sedikit berbeza tanpa perlu mengeluarkan wang untuk tiket masuk.
