Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HRPZ II Pancar Lampu Hijau Selama Seminggu, Hargai Jasa Penderma Dua Buah Pinggang Dan Kornea

HRPZ II Pancar Lampu Hijau Selama Seminggu
Kredit: Facebook HRPZ II

Pancaran lampu hijau di perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II akan terus dinyalakan selama seminggu sebagai simbolik kejayaan pendermaan organ dan tisu daripada seorang penderma di Kelantan.

Iklan

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi, HRPZ II memaklumkan bahawa dua buah pinggang daripada penderma berkenaan berjaya ditransplantasikan kepada dua pesakit yang memerlukan di hospital penerima.

HRPZ II Pancar Lampu Hijau Selama Seminggu

Sementara itu, proses transplantasi kornea turut dijadualkan berlangsung pada minggu ini, melibatkan seorang pesakit dari HRPZ II.

Menurut pihak hospital, pendermaan organ bukan sekadar satu sumbangan, sebaliknya mampu memberikan peluang baharu kepada individu yang sedang menantikan harapan untuk meneruskan kehidupan.

“Di sebalik kehilangan insan tersayang, tersimpan sebuah harapan baharu buat mereka yang sedang menantikan peluang untuk meneruskan kehidupan.

“Keputusan untuk mendermakan organ merupakan satu pengorbanan yang amat bermakna.

“Ia bukan sahaja berpotensi menyelamatkan nyawa, malah mampu memberikan sinar harapan dan mengubah kehidupan insan lain,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, HRPZ II turut merakamkan penghargaan kepada penderma dan keluarganya atas keprihatinan serta keputusan murni untuk mendermakan organ dan tisu.

Pihak hospital berharap sumbangan tersebut dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk memahami kepentingan pendermaan organ serta menyokong usaha berkenaan.

Intipati
  • HRPZ II menyalakan lampu hijau selama seminggu sebagai simbolik pendermaan organ.
  • Dua buah pinggang penderma berjaya ditransplantasikan kepada dua pesakit di hospital penerima.
  • Proses transplantasi kornea dijadualkan minggu ini, melibatkan seorang pesakit dari HRPZ II.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan