Remaja 15 Tahun Tertinggal Di RnR Tapah
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (JSPT PDRM) semalam melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun tertinggal oleh ibu bapanya di Petronas Hentian Rehat dan Rawat Tapah (Arah Utara).
Ibu bapanya tidak sedar bahawa anak mereka itu tiada di dalam kenderaan ketika meneruskan perjalanan.
Petuga EMPV Sektor 7 Zon Utara 4, JSPT Bukit Aman iaitu Insp Muhammmad Hafizd dan Insp Operasi Lebuhraya Zon Utara 4 bersama L/KPL Firzad Shamir bertindak mengesan penjaga kanak-kanak tersebut dan berjaya menghubungi bapanya.
Pihak PDRM juga berjaya menyerahkan anaknya di Plaza Tol Tapah dalam keadaan selamat. PDRM menasihatkan agar sentiasa peka dan memastikan kesalamatan anak-anak semasa menaiki kenderaan.
Nasihat kepada pengguna lebuhraya supaya berhati-hati ketika memandu. Ambil langkah keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Remaja 15 Tahun Tertinggal Di RnR Tapah
Kejadian tertinggal ahli keluarga atau kawan-kawan di RnR ini bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Sudah Berulangkali perkara sebegini berlaku terutamanya di musim perayaan.
Pada tahun 2021, Siakap keli pernah menulis satu artikel anak tertinggal mak di RnR. Anaknya menyangka mak sedang tidur di tempat duduk belakang, rupanya maknya masih seronok merayap di RnR.
Sumber: JSPT