Siakap Keli
bedah 12 kali
Gambar: The Mirror

12 Kali Bedah Semata Nak Jadi Jimin BTS, Pelakon Popular Kanada Meninggal Dunia

12 Kali Bedah Semata Nak Jadi Jimin BTS, Pelakon Popular Kanada Meninggal Dunia

Seorang pelakon popular di Kanada bernama Saint Von Colucci dilaporkan meninggal dunia akibat daripada 12 pembedahan kosmetik yang dilakukannya bagi menyerupai bintang K-pop, Jimin dari kumpulan BTS.

Menurut Sinar Harian, pelakon yang berusia 22 tahun itu mengalami komplikasi akibat pembedahan yang dilaluinya beberapa bulan lalu dan telah menghembuskan nafasya yang terakhir tiga hari lalu di sebuah hospital di Korea Selatan.

Ejen publisiti Colucci memaklumkan kepada Daily Mail bahawa artisnya itu mengalami jangkitan akibat pembedahan impaln rahang pada November 2022 sebelum terpaksa menjalani pembedahan pada malam Sabtu lalu bagi mengeluarkannya.

Baca: Rezeki Ramadan, Tengah ‘Shopping’ Raya Ada Yang Tawar X70 Percuma

Prosedur pembedahan yang difahamkan tidak berjaya itu telah memaksa Colucci dimasukkan ke dalam tabung oksigen sebelum pada akhirnya dia dilaporkan telah meninggal dunia beberapa jam kemudiannya.

Bedah 12 kali

Menurut ejennya, Colucci telah membelanjakan sebanyak AS$220,000 (RM978,000) bagi melakukan 12 prosedur kosmetik selama setahun terakhir.

Antara prosedur yang dilakukannya adalah pembedahan rahang, hidung, wajah, mengecilkan bibir, menaikkan kening serta mata dan pembedahan kecil lain.

Colucci difahamkan sedar akan risiko akibat daripada pembedahan rahang tersebut namun masih mahu meneruskan prosedur berkenaan kerana “tidak yakin dengan penampilannya”.

Sumber: Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right