Siakap Keli
cara mohon mesin layan diri IPR
Kredit: Bernama

Ada Yang Raih Hingga RM15k Sebulan, Ini Cara Mohon Berniaga Mesin Layan Diri Bawah IPR

Ada Yang Raih Hingga RM15k Sebulan, Ini Cara Mohon Berniaga Mesin Layan Diri Bawah IPR

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementeria Ekonomi bagi membasmi golongan miskin tegar yang telah dilaksanakan sejak tahun 2023.

Menurut Bernama, peruntukan RM750 juta yang disediakan kepada Kementerian Ekonomi tahun lalu untuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu kira-kira 130,000 golongan termiskin.

Dalam masa sama, peserta disasarkan untuk meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan.

Selepas itu, para peserta ini diharap mampu menjana pendapatan sendiri melalui keuntuhan yang diperolehi.

Salah satu program yang ditawarkan dibawah IPR melalui kategori Usahawan Makanan (INSAN) adalah menyediakan peluang berniaga menerusi mesin layan diri.

Inisiatif ini ternyata berjaya membantu golongan sasar sehingga ada yang mampu meraih pendapatan bulanan mencecah RM15,000.

Kenali IPR dan cara nak mohon, termasuk berniaga guna mesin layan diri

Menurut portal rasmi IPR, usaha Inisiatif Pendapatan Rakyat ini dimulakan untuk mencapai objektif seperti strategi serampang dua mata.

Objektif tersebut adalan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 serta berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.

Selain itu, menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

Dalam masa sama, ia turut mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

Terdapat tiga kategori insiatif yang ditawarkan di bawah IPR iaitu Usahawan Tani, Usahawan Makanan serta Operator Perkhidmatan.

Berikut merupakan sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini.

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Pengusaha mesin menjual layan diri (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Syarat kelayakan memohon Inisiatif Pendapatan Rakyat

Sekiranya anda ingin memohon IPR, terdapat dua syarat yang anda perlu penuhi.

Pertama, anda mestilah berwarganegara Malaysia, manakala syarat kedua pula anda adalah daripada kumpulan sasar iaitu golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar.

Cara permohonan dan pendaftaran Inisiatif Mesin Layan Diri

Menurut portal rasmi IPR lagi, sekiranya anda memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Anda boleh melayari laman sesawang IPR secara atas talian di pautan https://ipr.epu.gov.my/sign_up.

  • Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu.
  • Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda.
  • Kemudian, anda perlu log masuk ke akaun yang telah didaftar.
  • Lengkapkan permohonan dengan mengisi segala butiran yang diperlukan.

Mudah sahaja. Selamat mencuba.

BACA: Guna Mesin Layan Diri IPR, Pendapatan Suami Isteri Lonjak Lima Kali Ganda

Sumber: Inisiatif Pendapatan Rakyat 

Athirah

When nothing goes right, go left.