Dua Genggam Dapat RM40, Kakak Sempat Buat “Game” Unik Bagi Duit Raya Syiling
Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita menyaksikan pelbagai tradisi yang menarik dari seluruh dunia. Tidak dilupakan juga, ada keluarga yang kreatif mereka ‘tradisi’ lebaran mereka dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Ada yang membuat persembahan bersama-sama, ada yang mengenakan gimik sebelum bersalaman dengan saudara mara dan sebagainya.
Sama juga dengan keluarga ini apabila tampil dengan idea unik bagi merancakkan lagi sesi pemberian duit raya kepada anak buah.
Berdasarkan sebuah video di TikTok yang dimuat naik pengguna Qirah Bashah (@oomochi), kaedah pemberian duit raya ini sangat unik.
Pada awalnya, seorang lelaki yang dipercayai anak buah kepada wanita yang mengenakan pakaian berwarna merah memohon maaf kepada wanita tersebut.
Lazimnya, sesi bermaaf-maafan akan disertai bersama sesi pemberian duit raya bagi sesiapa yang masih dirasakan layak.
Secara tradisi, duit raya akan diletakkan dalam sampul duit raya. Bagi memudahkan penyimpanan, duit raya biasanya diberikan dalam bentuk duit kertas.
Namun, salah seorang ahli keluarga Qirah memilih untuk menambah sedikit ‘rencah’ untuk menjadikannya lebih menarik.
Wanita yang mengenakan baju merah tersebut mengeluarkan telefon pintar dan meminta anak buahnya untuk membuat cabutan.
Dalam ‘roda impian’ tersebut, terdapat dua pilihan iaitu satu genggam dan dua genggam.
Walaupun masih dalam keadaan terpinga-pinga, anak buah memutarkan roda berkenaan dan mendapat keputusan ‘satu genggam’.
Selepas roda tersebut menunjukkan keputusan itu, wanita tersebut terus mengeluarkan satu kotak kasut di bawah kerusi yang didudukinya.
Amat mengejutkan apabila isi kotak kasut tersebut dipenuhi dengan duit syiling. Duit syiling dalam kuantiti yang banyak itu telah mengejutkan anak buahnya.
“Ni berapa tahun simpan ni?,” soal anak buahnya apabila melihat kuantiti duit syiling yang terlampau banyak.
Tanpa membuang masa, wanita berbaju merah meminta anak buahnya untuk mengambil duit syiling berkenaan mengikut keputusan ‘roda impian’ itu.
Lebih mencuit hati, wanita tersebut siap memberikan plastik kepada anak buahnya untuk mengisi ‘hasil pulangannya’, menyebabkan semua ketawa terbahak-bahak.
@qirahbashah satu genggam dapat berapa? tengok total dekat part 2😛 #raya2023 #fyp #firstraya #salamraya
Boleh tahan lumayan, hasil pulangan boleh mencecah melebihi RM40
Pada bahagian kedua pula, anak-anak buahnya membuat pengiraan atas hasil pulangan yang diraihnya.
Secara purata, satu genggam duit syiling ‘raya’ dianggarkan bernilai dalam RM20 manakala dua genggam pula dianggarkan dalam RM40.
Bagi anak-anak buah yang masih kecil pula, bilangan genggaman akan ditingkatkan kerana saiz telapak tangan yang masih kecil.
@qirahbashah Replying to @Ribena Part 2 ehe. Angah guna apps “spin the wheel” dekat appstore. #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypppppppppppppppppppppp #raya2023 #salamraya #duitraya2023 #duitsyilingraya #duitrayadalamplastik
BACA: Wanita ‘Pengsan’, Saudara-mara Tanya Macam-macam Soalan ‘Maut’ Ketika Raya
Sumber: qirahbashah via TikTok