Siakap Keli
Wanita pengsan soalan saudara raya
Kredit: Instagram Tribun News

Wanita ‘Pengsan’, Saudara-mara Tanya Macam-macam Soalan ‘Maut’ Ketika Raya

Wanita ‘Pengsan’, Saudara-mara Tanya Macam-macam Soalan ‘Maut’ Ketika Raya

Ketika sambutan Hari Lebaran, kebanyakan ahli keluarga bertemu sapa dan mengukuhkan tali silaturahim sesama sendiri.

Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga adalah bertanya khabar antara satu sama lain.

Lagi-lagi jika terdapat beberapa ahli keluarga yang jarang pulang ke kampung halaman disebabkan menetap di tempat yang berjauhan dengan kampung halaman.

Walau bagaimanapun, ada beberapa persoalan dan topik yang kurang digemari menyebabkan sesetengah individu merasa kurang senang dan menjadi pasif ketika diajak berbual.

Ada yang cuba menukar topik, ada juga bergegas ke dapur untuk membuat kerja rumah dan macam-macam taktik untuk mengelak diri daripada disoal dengan soalan-soalan yang ‘agak panas’.

Baru-baru ini, tular satu video yang mendakwa seorang wanita seakan pengsan selepas diasak dengan pelbagai soalan dari saudara-maranya ketika menyambut hari Raya Aidilfitri.

Memetik Viva.co, wanita yang pengsan itu dikenali sebagai Dian. Pada awal video tersebut, dia hanya duduk di atas sofa sambil fokus menatal skrin telefon pintar di tangannya.

Walau bagaimanapun, situasi menjadi agak tegang apabila pelbagai soalan diajukan kepadanya. Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut dibandingkan dengan orang-orang di sekelilingnya sehingga dia kelihatan gelisah dan tertekan.

“Mak cik masa sebaya kamu, sudah ada anak, rumah sendiri, kereta sendiri,” kata salah seorang wanita yang berada berdekatan dengan Dian.

“Ya, takkanlah kamu tak ada rasa malu,” kata seorang lelaki yang duduk berhampiran dengannya.

Pada saat itu, Dian kelihatan sudah tidak dapat ‘menghadam’ segala soalan yang dilontarkan oleh ahli keluarganya.

Tidak tahan dengan perbualan tersebut, wanita tersebut tiba-tiba pengsan di atas sofa. Melihat keadaan Dian, ahli keluarganya termasuk perakam video tersebut merasa cemas atas apa yang menimpa wanita berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tribunnews.com (@tribunnews)

Reaksi berbelah-bahagi warga maya

Selepas video tersebut tular di media sosial, ia meraih perhatian dan reaksi pelbagai daripada warga maya, khususnya di Indonesia.

Ada yang berpendapat bahawa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan merupakan ‘content‘ di media sosial.

Sungguhpun begitu, ada juga yang bersetuju saudara-mara tidak sepatutnya bertanya soalan yang tidak wajar dan sensitif ketika semua sedang bergembira menyambut hari lebaran.

Selain daripada soalan-soalan tersebut, ahli keluarga juga harus menjaga sensitiviti dengan tidak membandingkan individu tersebut dengan orang lain.

“Mungkin itu hanyalah content… tetapi memang relevan dan sebaiknya tak perlulah bertanya dan membandingkan dengan masa lalu ibu bapanya..”

“Setiap anak memiliki keadaan yang berbeza-beza,” komen salah seorang pengguna media sosial.

BACA: Konflik Sudan: Ragut Lebih 400 Nyawa, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Sumber: Viva.co.id

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma