Siakap Keli
Kanak-kanak Empat Tahun Maut Akibat Terjatuh Dari Tingkat 11 Kuarters Polis
Kredit: Astro Awani

Kanak-kanak Empat Tahun Maut Akibat Terjatuh Dari Tingkat 11 Kuarters Polis

Kanak-kanak Empat Tahun Maut Akibat Terjatuh Dari Tingkat 11 Kuarters Polis

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kuarters polis di USJ, Subang Jaya semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.35 pagi.

Sebelum insiden tersebut, ibu si mati sedang berada di dapur manakala dua anaknya termasuk mangsa sedang bermain di ruang tamu.

Tiba-tiba, ibu mangsa dilaporkan terdengar bunyi pintu bilik tengah rumahnya yang tertutup dengan kuat, kata Wan Azlan.

“Ibu mangsa cuba membuka pintu tetapi gagal kerana pintu terkunci dari dalam.

“Pada masa yang sama, si ibu terdengar suara anaknya itu meminta tolong.

“Beliau kemudian pergi ke bilik bersebelahan dan apabila melihat ke luar tingkap, ibunya mendapati mangsa sudah terjatuh ke bawah,” jelasnya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, pihak forensik dan pegawai perubatan telah mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian

Kata Wan Azlan, siasatannya mendapati kes tersebut tidak memiliki sebarang unsur-unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kemudian, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dengan lebih lanjut.

Untuk makluman, Mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik dan bapanya merupakan salah seorang anggota polis menetap di kuarters terbabit.

Budak Maut, Dipercayai Jatuh Bangunan Selepas Balik Dari Mengaji

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilapor maut dipercayai terjatuh daripada kondominium pada 4 April lalu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium yang terletak di Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur pada waktu malam.

Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut disedari oleh penghuni di kawasan itu kira-kira jam 7 malam.

Difahamkan, kanak-kanak warga Somalia itu dikatakan baru sahaja selesai menghadiri kelas mengaji di kondominium tersebut.

Namun begitu, ibu mangsa menjadi cemas apabila kelibat mangsa tidak kelihatan ketika mahu mengambilnya pulang ke rumah.

Kedua-dua mangsa dan ibunya merupakan warga Somalia dan dipercayai memegang kad pelarian UNHCR PBB sejak 2017.

Selain jasad kanak-kanak tersebut, pihak polis juga turut menjumpai sebuah beg sandang yang mengandungi Al-Quran di berhampiran tangga tingkat 4 di Blok B.

BACA: Strok Haba: Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi, Emosi Terganggu

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma