Siakap Keli
batu nisan hilang
Gambar: Bernama

JAINJ, Polis Siasat Batu Nisan ‘Hilang’ Di Pandan

JAINJ, POLIS SIASAT BATU NISAN “HILANG” DI PANDAN

JOHOR BAHRU, 30 April (Bernama) — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang “hilang” di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini baru-baru ini.

Pengarah JAINJ Jamaludin A Hamid berkata sehubungan itu, orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lepas.

“JAINJ mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan mengenai isu kehilangan batu nisan di tanah perkuburan tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat.

“Justeru, kita mencadangkan langkah wajar yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh pengurusan tanah perkuburan berkenaan bagi mencegah kegiatan kecurian ini daripada terus berlaku,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan sebanyak 11 batu nisan di tanah perkuburan berkenaan “hilang”, dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu semalam, kebanyakan batu nisan yang dicuri ialah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.

Turut hilang batu nisan putih yang dipercayai berharga RM350 satu set di pasaran.

Imbas kembali, semalam media melaporkan kejadian 11 batu nisan di tanah perkuburan tersebut ‘hilang’, dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu pagi semalam, difahamkan kebanyakan batu nisan yang dicuri adalah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.

Penggali kubur, Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, berkata, terdapat beberapa waris yang menemuinya selepas terkejut melihat ketiadaan batu nisan ketika menziarahi kubur pada pada raya seminggu lepas, sebelum ia tular di laman Facebook sejak kelmarin.

Katanya, perkuburan di tanah wakaf itu tidak dikunci atas permintaan orang ramai terutama waris bagi memudahkan ia untuk diziarahi, sekali gus terdedah kepada pencerobohan.

“Ada ramai (waris) mengadu ketika ziarah kubur pada pagi raya batu nisan (ahli keluarga) hilang, kita tidak boleh buat apa kerana kubur ini tanah wakaf dan pada waktu malam juga tiada siapa jaga.

“Kita syak kegiatan ini dilakukan ketika waktu tiada pengebumian, mungkin waktu malam.

“Kebanyakan batu nisan yang dicuri adalah batu sungai dalam sembilan set, kerana boleh dijual semula dan nama si mati boleh dipotong,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu semalam.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'