Siakap Keli
Nur dhabitah jiggy masin
Gambar: Instagram dhabitah_sabri/Jiggymasin

Nur Dhabitah & Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Isteri

Nur Dhabitah & Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Isteri

Pelawak, Jiggy Masin atau Mohammad Aizat Ahmad Nazri dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah sah bergelar pasangan suami isteri selepas dilaporkan berkahwin pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz, lapor Astro Gempak.

Difahamkan, majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Menurut Jiggy, mereka tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu daripada orang ramai. Sebaliknya ingin berkongsi berita gembira itu pada waktu yang lebih sesuai.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 orang sahaja.

“Kami tidak ada niat pun nak sorok apa-apa.. cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa lagi selagi belum sah.

“Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tidak respon soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan. Nak jaga janji dan amanah keluarga,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Perkenalan Tak Sampai Dua Tahun Diikat Dengan Tali Perkahwinan

Jelas Jiggy, dia mula menjalinkan hubungan dengan penerjun berusia 23 tahun itu ketika sesi fotografi bersama.

Tambahan lagi, perkenalan kedua-dua mereka bermula sejak lebih setahun lalu.

“Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga la. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.

“Kemudian, kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami,” katanya.

Dalam pada itu, tarikh bagi majlis resepsi mereka masih lagi belum ditetapkan.

BACA JUGA: Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Ia susulan Dhabitah akan berangkat ke China selama sebulan untuk sesi latihan.

“Majlis buat dekat rumah Dhabitah… InshaAllah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including olympic, asian games.

“Dia kena pergi China dalam sebelum untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, InsyaAllah saya update untuk jemput kawan-kawan media,” jelasnya.

Untuk makluman, Jiggy Masin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara Elly Ariffin pada 9 September 2016.

Bagaimanapun, mahligai yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka memilih untuk bercerai pada Januari 2020.

Sumber: Astro Gempak

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.