Siakap Keli
syamsul cerai puteri sarah
Kredit: Bernama

Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Keputusan pengarah filem Malaysia, Syamsul Yusof mengejutkan orang ramai apabila beliau tidak melafazkan cerai ke atas isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Kedua-duanya telah menghadiri sesi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa, hari ini.

Ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya.

Katanya selaku pihak plantif, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berbincang mengenai terma-terma perceraian sebelum ini.

Namun, kedua-dua pihak gagal untuk mencapai persetujuan dalam perbincangan tersebut.

“Maka anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP),” katanya.

Sebab mengapa defendan tidak melafazkan lafaz cerai pada hari ini

Ketika ditemubual pihak media, Puteri Sarah bersama Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan beberapa sebab berhubung isu ini.

Dakwanyaa, keputusan tersebut berpunca dari tindakannya yang enggan menarik balik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga.

Selain itu, Puteri Sarah juga tidak bersetuju apabila pengarah filem ‘Mat Kilau’ itu meminta nafkah dua anak mereka dikurangkan sebanyak 30 peratus.

Menurut pelakon berusia 38 tahun itu berkata, jumlah berkenaan sebelum ini dicadangkan sendiri oleh Syamsul Yusof ketika prosiding terdahulu.

“Hari ini tiba-tiba nak diskaun, saya tak akan berganjak, demi anak-anak, saya sanggup berjuang. Buat apa saya nak tarik saman terhadap Ira, sedangkan itu yang saya perjuangkan selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia tidak terlalu terkejut dengan keputusan yang diambil Syamsul hari ini.

“50:50, sebab itulah saya dah reda dah. Sebab itulah, saya kata yang saya akan lawan. Saya percaya, saya ada hak. Saya percaya berada di pihak yang benar. Saya percaya yang saya berjuang untuk diri saya dan anak-anak,”

Beliau turut meminta kepada para peminatnya di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Sinagapura agar mendoakan kebajikan keluarganya, khususnya anak-anaknya.

BACA: Syamsul Yusof Dilapor Enggan Ceraikan Puteri Sarah

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma