Siakap Keli
syamsul enggan ceraikan puteri sarah
Gambar: Sinar Harian

Syamsul Yusof Dilapor Enggan Ceraikan Puteri Sarah

Syamsul Yusof Dilapor Enggan Ceraikan Puteri Sarah

KUALA LUMPUR — Pelakon dan Pengarah Filem, Mohd Shamsul Md Yusof atau Syamsul Yusof, 39, dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dalam prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, lapor Sinar Harian.

Difahamkan pengarah filem ‘Mat Kilau’ bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan berkata demikian sewaktu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.

Manakala Puteri Sarah sebagai plaintif hadir bersama penguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Berikutan itu, kedua-dua pihak diperintahkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Pasangan tersebut tiba di mahkamah pada jam 9.00 dan 9.38 pagi tadi bagi sebutan permohonan cerai yang difailkan oleh Puteri Sarah.

Permohonan Cerai 

Puteri Sarah telah mengemukakan permohonan itu pada 16 Januari lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co. Susulan itu, sebutan kes itu telah ditetapkan pada 7 Mac 2023, maklum peguam Puteri Sarah kepada pemberita.

Kes itu memperuntukkan pihak plaintif dan defendan hadir sewaktu prosiding mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut laporan Bernama, pihak plaintif  bersama anak-anaknya tidak lagi tinggal bersama defendan. Ia termasuk di rumah mentua atau di rumah mereka di Taman Melawati.

BACA JUGA: “Moga Kedua-dua Isteriku Tenang & Banyak Bersabar”, Syamsul Yusof Titip Pesan Buat Permaisuri Hatinya

Syamsul Enggan Ceraikan Puteri Sarah

Puteri Sarah berkata, beliau berhasrat untuk melaksanakan proses penceraian tersebut secara aman bersama suaminya. Kes itu dibicarakan di bawah Sekyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan (1984) kerana tiada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri mengikut hukum syarak.

“Hal ini berikutan akibat tekanan atau gangguan berpunca daripada pihak ketiga atau hubungan sulit defendan (Syamsul), sehingga beliau telah lama tidak pulang ke rumah tersebut.

“Saya percaya oleh kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak, maka jika diteruskan mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kami, khususnya diri saya, emosi saya dan anak-anak. Oleh itu, saya mohon mahkamah meluluskan permohonan perceraian ini,” jelasnya.

Terdahulu pada 8 Mac 2014, Syamsul dan Puteri Sarah secara sah bergelar pasangan suami isteri. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia enam tahun dan Summayah empat tahun.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?