Siakap Keli

“Moga Kedua-dua Isteriku Tenang & Banyak Bersabar”, Syamsul Yusof Titip Pesan Buat Permaisuri Hatinya

“Moga Kedua-dua Isteriku Tenang & Banyak Bersabar”, Syamsul Yusof Titip Pesan Buat Permaisuri Hatinya

Pelakon dan pengarah filem terkemuka tanah air, Syamsyul Yusof memuat naik satu hantaran ringkas di Instagramnya sebentar yang ditujukan kepada kedua-dua isterinya sebentar tadi.

”Selamat pagi. Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Melalui hantaran tersebut, Syamsul turut memuat naik tiga keping gambar iaitu gambar dirinya, gambar bersama isteri pertama, Puteri Sarah dan juga gambar bersama isteri keduanya, Ira Kazar.

Dalam kedua-dua gambar bersama isterinya itu, Syamsul dan pasangannya dilihat menggayakan busana pernikahan bewarna putih.

Terdahulu, beliau berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah pun selamat menikahi pelakon, Ira Kazar di Thailand.

Berdasarkan kenyataan dalam sebuah video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram rasminya, perkahwinan tersebut berwalikan ayah mentuanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon terkenal tanah air.

”Ada sebab saya berkahwin disini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Beliau turut berkesempatan untuk menjelaskan bahawa isteri pertamanya, Puteri Sarah masih menjadi isterinya yang sah.

Pada masa yang sama, Syamsul menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk membelakangkan sesiapa dalam perkara ini, sebaliknya mengharapkan doa yang baik daripada ibu bapa dan keluarganya.

“Saya harap keputusan yang saya buat ini diberkati serta dilindungi dari fitnah dan hasad. Apa yang penting, (perkahwinan) ini sah di sisi syarak,” tambahnya lagi.

Sumber: Instagram Syamsul Yusoff

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.