Siakap Keli
remaja kontena meninggal dunia
Gambar: BdNews24.com

Remaja Bangladesh Terperangkap Dalam Kontena Dilapor Meninggal Dunia

Remaja Bangladesh Terperangkap Dalam Kontena Dilapor Meninggal Dunia

BANGLADESH — Seorang remaja lelaki berasal dari Bangladesh yang sebelum ini terperangkap dalam kontena di Pelabuhan Klang dilaporkan telah meninggal dunia akibat lemas pada Sabtu.

Memetik laporan Bdnews24.com, remaja berusia 14 tahun itu ditemui lemas selepas mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj, daerah Cumilla.

Kanak-kanak lelaki Terperangkap Kontena Ditemui Lemas

Bapa mangsa yang merupakan seorang buruh di kampung Satpukuria memaklumkan bahawa anaknya mengalami kecacatan mental dan tidak pandai berenang.

Kejadian itu tidak disedari olehnya kerana sewaktu itu dia dan ahli keluarga yang lain sedang menuai padi di sawah.

Tambahnya, pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu nyata memberikan satu tamparan hebat buatnya.

“Macam mana saya nak teruskan hidup selepas ini,” kata ketua keluarga itu yang berduka.

Difahamkan, mangsa telah dikebumikan tanpa sebarang proses bedah siasat atas permintaan keluarga setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Ketua balai polis tempatan, Saiful Alam berkata bahawa pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai kejadian itu.

Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kontena Selama Enam Hari

Sebelum ini, mangsa dilaporkan  berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 17 Januari lalu, lapor Sinar Harian.

Mangsa dilaporkan berada dalam kontena itu sejak 13 Januari selepas berlepas dari pelabuhan di Chattogram.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari oleh salah seorang pekerja pelabuhan berkenaan yang terdengar ketukan dari dalam kotena tersebut.

Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai tertidur dan tidak sedar bahawa telah dibawa bersama kapal sebelum tiba di Malaysia.

Dia telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan proses dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negaranya menaiki kapal yang sama.

Remaja itu dilaporkan tiba di kediamannya pada 21 Februari lalu.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Sumber: BdNews24.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.