Siakap Keli
man united harry kane
Gambar: AFP

Man United Intai Peluang ‘Sambar’ Harry Kane

Man United Intai Peluang ‘Sambar’ Harry Kane

MANCHESTER — Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa The Red Devils memerlukan seorang penyerang berkualiti menjelang jendela perpindahan kelak, lapor Manchester Evening News.

Jelas Ten Hag, perancangan itu bagi memastikan United kekal konsisten dan memberi impak dalam serangan hadapan.

Ten Hag Cuba Merisik Harry Kane

Gambar: AFP

Jurulatih kelahiran Belanda itu kini dilapor terpikat dengan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane sewaktu kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Jumaat lalu.

United tertarik untuk mendapatkan penyerang 29 tahun itu dari Tottenham, tambahan lagi kontrak semasa pemain itu berbaki setahun.

Selain Harry Kane, beberapa nama penyerang lain turut berada dalam radar Red Devils seperti penyerang Napoli, Victor Osimhen dan penyerang Benfica, Goncalo Ramos.

Tambah Ten Hag, United kini kehausan penyudah bagi diterjemahkan kepada gol.

“Ya, saya rasa semua orang tahu. Sepanjang musim, kami mengalami kekurangan nombor 9.

“Mula-mula kami kehilangan Ronaldo. Kemudian Anthony Martial dan Jadon Sancho yang sering tidak berada pada tahap yang cukup cergas untuk bermain. Oleh itu, kami mempunyai masalah dan kekurangan pemain barisan hadapan.

“Dengan jadual perlawanan yang padat. Sudah tentu kami memerlukan barisan pemain hadapan yang bersiap sedia untuk memperkuat pasukan,” katanya.

BACA JUGA: Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

Bagaimanapun, Ten Hag perlu berbelanja lebih sekitar £100 juta (RM560 juta) untuk mendapatkan khidmat Kane dan Osimhen sekiranya inginkan seorang penyerang baharu menjelang musim panas ini.

“Pemain seperti Marcus Rashford dan Anthony Martial juga boleh bermain sebagai pemain No. 9. Tetapi, kami memerlukan beberapa pemain penyerang yang berkualiti dan dapat memberikan impak di barisan serangan,” katanya.

United Ikat Spurs Di laman Sendiri

Gambar: IAN KINGTON/AFP

Sebelum ini, United bertandang ke gelanggang Tottenham Hotspurs dalam perlawanan ke-31 manakala tuan rumah perlawanan ke-33.

Dalam perlawanan ini, Jadon Sancho (minit ke-7) dan Rashford (minit ke-44) meletakkan United dua gol di depan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya bangkit dengan menyumbat dua gol oleh Pedro Porro pada minit ke-56 dan Son Heung Min pada minit ke-79 untuk memastikan mereka tidak tercicir mata.

United kini berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 60 mata selepas 31 perlawanan. Manakala Tottenham di kedudukan kelima dengan 54 mata selepas 33 perlawanan.

Sumber: Manchester Evening News

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.