Siakap Keli
monitor jantung facetime
Gambar: American Heart Association

Jururawat Didapati Bersalah Sebabkan Pesakit Meninggal Dunia, “Off” Monitor Jantung Demi FaceTime

Jururawat Didapati Bersalah Sebabkan Pesakit Meninggal Dunia, “Off” Monitor Jantung Demi FaceTime

Seorang pesakit berusia 85 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas seorang jururawat sebuah hospital swasta di Kingswood memutuskan sambungan monitor jantungnya untuk membuat panggilan FaceTime bersama keluarganya, lapor Mirror UK.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 29 Julai 2021 itu berlaku apabila jururawat yang bertugas untuk syif malam menerima panggilan daripada keluarganya.

Tribunal Rayuan Sivil dan Pentadbiran New South Wales mendapati jururawat tersebut telah gagal memberi amaran kepada doktor berkenaan degupan jantung yang tidak teratur dialami pesakit terbabit.

Pada perbicaraan terbabit, jururawat itu didapati bersalah atas salah laku profesional dan tingkah laku profesional yang tidak memuaskan.

Jururawat terbabit juga didapati gagal memberi rawatan kepada pesakit lelaki itu, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan jantung semasa dia menjawab panggilan.

Gara-gara jururawat berkenaan gagal memasang semula monitor selepas tamat syifnya, paramedik berasa buntu dengan tahap kesihatan pesakit tersebut.

Pesakit meninggal dunia kerana degupan jantung perlahan dan tidak mendapat bantuan pantas

Dalam keputusan penutupnya, tribunal memutuskan: “Pada 7:07 pagi pada 30 Julai 2021, pemantau jantung menunjukkan Pesakit A mengalami degupan jantung perlahan.”

“Kakitangan jururawat dan perubatan tidak dapat mendengar penggera kerana pembesar suara bagi penggera telemetri masih diputuskan.”

Jururawat berhujah bahawa dia mematikan bunyi itu kerana ia mengelirukan pesakit lain. Jururawat itu mendakwa dia salah sangka bahawa bunyi itu sebagai loceng pintu.

BACA: Guna Dua Bahan Je, Wanita Kongsi Cara Hilangkan Bahan Kimia Pada Buah Anggur

Ia mengambil masa tujuh minit antara masa amaran dikesan untuk OAP mengalami kegagalan jantung tersebut.

Jururawat itu sepatutnya kerap memeriksa pesakitnya, namun CCTV mendedahkan dia hanya melakukannya sekali dalam dalam tempoh syif 10 jam.

Selain itu, jururawat terbabit juga didapati bercakap dengan keluarganya selama 15 minit sebelum jantungnya mula berdegup perlahan.

Jururawat itu juga dilaporkan bercakap bersama keluarganya di telefon selama 66 minit ketika kejadian tersebut.

Dalam perbicaraan tribunal itu, jururawat itu mendakwa dia sedang memeriksa keluarganya di Filipina. Dia juga mendedahkan bahawa dia tidak “pandai membaca ECG”.

Sumber: Mirror UK

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka