Siakap Keli
TBS sesak semalam
Kredit: TikTok

Tular TBS Sesak Semalam, Beratur Panjang Dapatkan Pas Masuk Sampai Tertinggal Bas

Tular TBS Sesak Semalam, Beratur Panjang Dapatkan Pas Masuk Sampai Tertinggal Bas

Beberapa video tular menunjukkan kesesakan di kaunter tiket Terminal Bas Selatan (TBS) yang menyebabkan beberapa pengguna tertinggal bas masing-masing.

Berdasarkan satu hantaran video TikTok menerusi akaun (@idaizwani), wanita tersebut menunjukkan keadaan sesak di hadapan kaunter tiket TBS. Kejadian kesesakan berkenaan dipercayai berlaku semalam.

Difahamkan, orang-orang yang berada dalam kesesakan tersebut merupakan pembeli tiket bas menerusi aplikasi pihak ketiga di atas talian.

TBS sesak semalam, ada yang dakwa terlepas bas

@idaizwani

TBS 9am 1/5/23. Punya la sesak nak amik boarding pass utk yg dh beli tiket online. Ramai yg nak balik asrama terlepas bas😒 #tbs #terminalbasbandartasikselatan #tbskl #raya2023

♬ original sound – Yellowsunblaze – Yellowsunblaze

Bagi mereka yang membeli tiket menerusi aplikasi pihak ketiga, mereka perlu menebus pas pelepasan di kaunter tiket.

Hal ini disebabkan, tiket yang dibeli secara atas talian menerusi aplikasi pihak ketiga dipercayai tidak memiliki kod QR Go Pass yang digunakan sewaktu berlepas.

“Punyalah ramai nak ambil boarding pass je untuk tiket yang sudah dibeli online,”

“Sudahnya ramai terlepas bas, counter tak banyak pun buka, dah tahu musim perayaan,” adu pemilik video terbabit.

Penjaga kaunter tiket juga kelihatan tidak menang tangan

Selain idaizwani,  pengguna TikTok (khairulahzam78x)  turut merakamkan suasa kesesakan tersebut dan memuat naik ke akaunnya.

Lelaki tersebut telah menunjukkan gambaran suasana kesesakan itu daripada sudut pandang atas.

Dalam video yang sama, dia turut menunjukkan keadaan pekerja kaunter tiket yang ‘tidak menang tangan’ dalam menghadapi kebanjiran pengguna bas dalam satu masa yang sama.

“Kepada pihak TBS, ambil maklumlah. Tengok, tiket ni kita dah beli online, bila nak redeem, tu dia (menunjukkan kesesakan di TBS).”

Khairul Ahzam turut memberikan cadangan kepada pihak TBS untuk menambahbaik sistem agar tiket bas yang dibeli atas talian terus dinyatakan nombor platform dan nombor bas.

@khairulahzam78x

Kepada TBS mohon upgrade sistem tak pasai-pasai ramai yang tertinggal bas walaupun tiket dah beli . . . #inspirasiraya #syawal #bas #tbs #tiket #online #fyp #kualalumpur

♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Baginya, penambahbaikan tersebut dapat mengurangkan trafik dan pengguna tidak lagi perlu beratur di kaunter tiket bagi menebus pas pelepasan bas masing-masing.

Sebelum ini, pihak TBS memberikan saranan kepada pembeli tiket untuk memeriksa tiket bas sebelum membelinya menerusi aplikasi pihak ketiga.

Mereka menasihati pengguna untuk memastikan kos QR Go Pass pada tiket terbabit.

Jika tiket atas talian tersebut memiliki kod tersebut, pengguna hanya perlu mengimbas kos berkenaan dan turun ke balai perlepasan.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli tiket menerusi aplikasi TBS bagi membeli tiket bas tanpa perlu menebus pas pelapasan di kaunter tiket.

BACA: Tular Tunjuk Kad Kuasa, PDRM Sahkan Pemandu Honda City Adalah Polis Bantuan 

Sumber: idaizwani & khairulahzam78x via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.