Siakap Keli
chelsea tersingkir premier league

Chelsea Boleh Tersingkir Dari Premier League Jika Ini Terjadi

Chelsea Boleh Tersingkir Dari Premier League Jika Ini Terjadi

Pasukan Chelsea sedang menghadapi antara musim terburuk mereka dalam sejarah Premier League musim ini. Sejak 2 April 2023, Chelsea gagal mencatat sebarang kemenangan dan hanya seri sekali dengan Liverpool.

Keputusan perlawanan Chelsea sepanjang bulan April

Terbaru, Chelsea tewas di tangan seteru utama, Arsenal dengan keputusan 3-1. Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Martin Odegaard 2 gol dan satu gol dari Gabriel Jesus. Gol Chelsea dijaringkan oleh Noni Madueke.

Bulan April Paling Sengsara Buat Chelsea

Sepanjang bulan April, Chelsea bolos 7 gol dan hanya menjaringkan satu gol dalam saingan Premier League. Frank Lampard yang dilantik sebagai ‘Caretaker’ awal bulan April masih gagal mencatat sebarang kemenangan.

Chelsea juga tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah di tangan Real Madrid. Chelsea tewas kedua-dua perlawanan timbal balik yang juga berlangsung pada bulan April.

Lampard menggantikan Graham Potter susulan prestasi hambar pasukan sepanjang Potter mengendalikan Chelsea. Keputusan pemilik Chelsea, Todd Boehly memilih Lampard sebagai pengganti juga menemui jalan buntu.

chelsea tersingkir premier league
Football365

Chelsea Boleh Tersingkir Dari Premier League

Chelsea yang kini menghuni tangga ke-12 liga selepas 33 perlawanan hanya mengumpul 39 mata setakat ini. Boleh ke Chelsea tersingkir dari Premier League dan bermain di Liga Kejuaraan musim hadapan?

Dalam sejarah, Chelsea pernah tersingkir pada musim 1909–10, 1923–24, 1961–62, 1974–75, 1978–79 and 1987–1988. Selepas tahun 1989, Chelsea belum pernah tersingkir dari Division 1 liga mahupun ketika era Premier League.

Secara matematik musim ini, Chelsea masih berisiko untuk tersingkir. Caranya agak rumit dan hampir mustahil. Chelsea hanya akan tersingkir jika kalah dalam semua baki perlawanan.

chelsea tersingkir premier league
Kedudukan 10 pasukan terbawah Premier League (3 Mei 2023)

Pada masa yang sama, Nottingham Forest, Leicester dan Leeds perlu mengumpul sekurang-kurangnya 10 mata daripada 4 baki perlawanan. Ia juga memerlukan Bournemouth, Wolves dan West Ham kumpul mata yang cukup untuk pintas Chelsea.

Rumit kan? Hampir mustahil kan? Tetapi masih boleh berlaku jika prestasi bulan April dibawa hingga ke bulan Mei dan pasukan-pasukan lain dibawah Chelsea bermati-matian mengumpul mata yang cukup untuk selamat dari tersingkir.

Belanja Mewah

Chelsea juga adalah pasukan yang berbelanja besar ketika era Todd Boehly. Sepanjang musim ini, Chelsea membeli 17 pemain baru dengan jumlah yuran perpindahan sebanyak £553.95 juta (RM3.08 bilion).

Ia menjadikan Chelsea pasukan yang mengeluarkan belanja paling besar di Premier League musim ini. Namun, masih belum cukup untuk menduduki sekurang-kurangnya tangga 5 teratas liga.

Sumber: Metro UK

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.