Siakap Keli
pad peluh telefon pintar jam
Kredit: World Economics Forum

Saintis Cipta Pad Jari, Boleh Cas Telefon & Jam Pintar Pakai Peluh Sahaja

Saintis Cipta Pad Jari, Boleh Cas Telefon & Jam Pintar Pakai Peluh

Komuniti saintis kini telah telah berjaya mencipta pad yang mampu mengecas telefon dan jam pintar dengan hanya menggunakan peluh sahaja.

Memetik Mail Online, peranti baharu ini akan dipakai pada sekeliling jari seperti plaster yang mampu mengumpulkan peluh.

Peluh yang terkumpul ketika pemakainya sedang tidur atau melakukan apa-apa pekerjaan dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik, dakwa pembangunnya.

Difahamkan, peranti mudah alih tersebut hanya dapat mengumpulkan tenaga elektrik yang mengalir masa itu sahaja.

Selain itu, peranti ini akan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk mengumpul tenaga elektrik yang cukup bagi  menghidupkan sebuah telefon pintar. Walaupun begitu, pihak pembangun berharap kapasiti tenaga dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Menurut World Economics Forum, prototaip pad ini dihasilkan oleh sekumpulan pembangun daripada University of California, San Diego.

Pad berkenaan akan menghasilkan tenaga daripada badan manusia. Namun, persoalannya bagaimana pad kecil ini mampu menjana tenaga sehingga mampu membekalkan tenaga kepada peranti-perati elektronik?

Dalam binaan pad tersebut, terdapat elektrod-elektrod yang mengandungi enzim-enzim bagi penghasilan tenaga.

Untuk makluman, hujung jari manusia menghasilkan lebih 100 kali ganda peluh berbandig anggota badan yang lain.

Menurut kajian A passive perspiration biofuel cell: High energy return on investment,” yang diterbitkan di dalam Joule, menyebut bahawa pemakaian peranti ini praktikal, mudah dan senang bagi kebanyakan orang.

Pengarang kajian tersebut telah menerangkan bahawa hujung-hujung jari memiliki kelenjar peluh lebih pekat jika dibandingkan dengan anggota badan yang lain.

Manakala, satu jari dapat membekalkan tenaga yang mencukupi (24 jam) terhadap jam pintar ketika menggunakan pad tersebut sepanjang waktu tidur dalam lingkungan 10 jam.

Selain elektrod, pad tersebut turu mengandungi cip yang boleh diaktifkan menerusi tekanan lembut menerusi antara dua jari

Perkara ini dapat menjana tenaga elektrik tambahan ketika melakukan tugasan-tugasan harian seperti menaip, bermain piano dan sebagainya.

Kata pembangun prototaip, teknologi tersebut mampu membekalkan tenaga kepada telefon pintar, cerima mata pintar mahupun fitness tracker.

BACA: Lebih 300 Juta Pekerjaan Dijangka Lenyap, Bakal Diambil Alih AI

Sumber: World Economic Forum

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.