Siakap Keli
jet pejuang terhempas india
Gambar: AFP

Jet Pejuang Terhempas Di India, Tiga Dilapor Maut

Jet Pejuang Terhempas Di India, Tiga Dilapor Maut

NEW DELHI — Tiga orang dilaporkan maut dalam satu kemalangan udara susulan jet tentera buatan Rusia, MiG-21 terhempas di negeri barat Rajasthan, India hari ini, lapor AFP.

Menurut pegawai polis tempatan, Sudhir Chaudhary, nahas itu menyebabkan sebuah kediaman musnah.

Dalam pada itu Tentera Udara India (IAF) memaklumkan juruterbang terbabit sempat melakukan pelepasan kecemasan dari jet sebelum insiden itu berlaku.

Tambah IAF, juruterbang itu hanya mengalami kecederaan ringan.

“Berlaku kecemasan di dalam pesawat, dia cuba untuk menyelamatkan pesawat sebelum mengikuti prosedur yang ditetapkan.

“Selepas gagal memulihkan keadaan, dia mula membuat pelepasan kecemasan dan hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu,” maklum IAF dalam satu kenyataan.

Berikutan kejadian itu, IAF menzahirkan rasa kesal dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, IAF mengalami pelbagai rentetan kemalangan melibatkan jet yang dibekalkan oleh bekas Kesatuan Soviet itu.

BACA JUGA: Luar Biasa, Pesawat Terhempas Tapi Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup

Pada minggu lalu, sebuah helikopter tentera tempatan yang membawa tiga orang di dalamnya dilaporkan terhempas di Jammu, Wilayah Kashmir.

Pada Julai 2022, dua juruterbang terkorban selepas pesawat MiG-21 terhempas sewaktu menjalani latihan di Rajasthan. Nahas tersebut merupakan yang keenam dilaporkan melibatkan pesawat MiG-21 sejak Januari 2021 dengan lima juruterbang terbunuh.

Jet MiG-21

MiG-21 merupakan jet buatan Rusia. Ia mula dibawa masuk ke dalam perkhidmatan India pada 1960-an sewaktu Perang Dingin. Selama beberapa dekad, perkhidmatan itu bertindak sebagai tulang belakang tentera udara India.

Akibat berlaku pelbagai nahas melibatkan pesawat buatan negara eropah itu, ia telah digelar sebagai “Keranda Terbang”.

Ketua pertahanan India, Jeneral Bipin Rawat merupakan salah seorang dari 13 orang terkorban apabila helikopter Mi-17 terhempas di pangkalan tentera udara pada Disember 2021.

India dilaporkan melabur perbelanjaan yang tinggi dalam membangunkan sektor pertahanan negara itu dengan membuka kilang pembuatan helikopter terbesarnya pada Februari.

Sumber: AFP 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?