Siakap Keli
Penyampaian hadiah lampu kereta
Gambar: TikTok @bungabdur

“Respect Usahanya,” Tular Acara Penyampaian Hadiah Di Sukan SEA Diterangi Lampu Kereta

“Respect Usahanya,” Tular Acara Penyampaian Hadiah Di Sukan SEA Diterangi Lampu Kereta

Dalam kehangatan Sukan SEA di Kemboja yang berlangsung sejak 5 Mei lalu, tular satu rakaman yang memaparkan acara penyampaian hadiah yang ‘diterangi’ dengan lampu kenderaan.

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik oleh @bungabdur di TikTok itu dipercayai berkait dengan temasya yang dilangsungkan di negara berkenaan.

“Tiada lampu tak menjadi masalah. Pakai lampu kenderaan sahaja.

“Hormat dengan usaha yang ditampilkan,” tulisnya di kapsyen video berkenaan.

Tambahan lagi, suasana tersebut menyaksikan tiga orang pemenang yang sudah berdiri tegak di atas podium untuk meraikan kejayaan mereka.

Penyampaian Hadiah Guna Lampu Kereta

Acara penyampaian hadiah itu masih diteruskan walaupun dengan bantuan cahaya kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan atlet kesayangan negara mereka dengan merakamkan momen manis itu.

Susulan itu, video itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.

BACA JUGA: Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

Setakat artikel ini ditulis, klip video ini telah mendapat tontonan lebih 7 juta, lebih 450, 000 tanda “Suka” dan lebih 17,000 komen daripada pengguna.

 

@bungabdur

Respect sama effortnya šŸ‘šŸ‘ #seagames #seagamescambodia2023 #seagames2023 #seagames32

ā™¬ suara asli – Abdurrr – Abdurrr

Sementara itu, portal Liputan6 turut melaporkan bahawa kejadianĀ tersebut dipercayai berlaku sewaktu penyampaian hadiah kepada atlet dalam acara olahraga lelaki (20 km).

Penyampaian hadiah itu telah dilakukan di luar ketika waktu malam.

Walaupun dalam serba kekurangan, para pemenang dilihat bersemangat dengan menyelimuti bendera negara masing-masing pada belakang badan.

Johan dalam acara berkenaan merupakan atlet dari Indonesia, Hendro Yap yang meraih pingat emas dalam acara itu.

Sehingga kini, tuan rumah mendahului carta pungutan pingat dengan 33 emas, diikuti Thailand di tempat kedua dengan 19 emas. Manakala Vietnam dan Indonesia di tangga ketiga serta keempat masing-masing berkongsi 16 pungutan pingat emas.

Malaysia kini berada di tangga kelapan dengan tujuh pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa.

Sumber: TikTok @bungadbur, Liputan6

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?