Siakap Keli
bas masuk gaung
Gambar: Tribun Banyumas/Istimewa

Tinggalkan Ketika Enjin Hidup, Kecuaian Pemandu Penyebab Bas Masuk Gaung

Tinggalkan Bas Ketika Enjin Hidup, Kecuaian Pemandu Penyebab Masuk Gaung

Kecuaian pemandu meninggalkan bas dalam keadaan enjin dihidupkan mengundang padah apabila kenderaan itu terjunam memasuki gaung di Guci, Indonesia pada Ahad, lapor Kompas.com.

Ketua Pesuruhjaya Polis Wilayah Jawa Tengah, Agus Suryo Nugroho berkata punca utama kejadian bas terjunam itu berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian.

Difahamkan, pemandu meninggalkan pengangkutan tersebut semasa enjin bas dihidupkan.

“Kemudian, tayar bas bergerak sendiri secara perlahan-lahan sejauh 30 meter dan akhirnya memasuki gaung,” kata Agus.

Beliau berkata demikian selepas dihubungi Kompas.com pada Ahad.

BACA: Menyamar Sebagai Penumpang Agar Pemandu Bas Berwaspada – JPJ

Kronologi kejadian

Agus menjelaskan bahawa bas persiaran itu membawa rombongan pelawat menuju ke Guci dekat Wilayah Tengah Indonesia.

Kemudian pada 8.30 pagi Ahad (waktu Indonesia) bas tersebut mahu pulang ke Tangerang dan ketika dalam persiapan, bas itu berhenti di suatu tempat untuk menunggu penumpang naik.

“Tetapi tidak semua penumpang naik, hanya beberapa sahaja. Disebabkan penumpang naik ke dalam bas, pemandu pun mengambil inisiatif menghidupkan enjin.

“Kemudian, bas tersebut bergerak tetapi pemandunya tiada. Kemungkinan dia pergi ke kedai atau mandi.

“Bas itu bergerak sendiri sehingga terjatuh ke dalam gaung,” jelas Agus.

Agus juga berkata pihaknya masih belum menerima nama syarikat bas (PO) tersebut dan oleh itu, kejadian berkenaan tidak dapat dilaporkan.

Kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan rata-rata penumpang dalam bas tersebut hanya mengalami cedera ringan.

“Perkembangan lanjut mengenai sama ada mempunyai kematian atau tidak akan mengambil masa.

“Terdapat dua mangsa cedera parah dan kini dirawat di hospital,” jelas Agus.

Viral di media sosial

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan sebuah bas pelancong yang dilihat bergerak sendiri sehingga terjunam ke dalam agung.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @Cetul_22 di Instagram, bas itu tergolek ke dalam sungai berhampiran jambatan menghala ke Guci.

Walaupun terdapat segelintir orang mengejar bas tersebut namun tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkannya kerana pengangkutan itu besar.

Sekiranya seseorang cuba untuk menyelamatkan bas tersebut, kemungkinan akan berlaku kemalangan jiwa.

Video kejadian boleh ditonton di bawah:

Sumber: Kompas.com

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.