Siakap Keli
kemboja halang malaysia badminton
Kredit BERNAMA

Badminton Sukan SEA: Kemboja Halang Beberapa Negara Termasuk Malaysia Sertai Acara Beregu Campuran

Badminton Sukan SEA: Kemboja Halang Beberapa Negara Termasuk Malaysia Sertai Acara Beregu Campuran

Negara tuan rumah Sukan SEA kali ke-32 iaitu Kemboja telah mengeluarkan peraturan terbaru iaitu melarang atlet Malaysia menyertai acara badminton beregu campuran.

Lebih mengejutkan, peraturan tersebut bukan sahaja melarang Malaysia daripada menyertai acara tersebut bahkan ianya turut dikenakan kepada beberapa negara yang lain.

Antara negara lain yang turut menerima nasib yang sama ialah Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Memetik The Straits Times, acara badminton berpasukan lelaki dan wanita sepatutnya dimulakan pada Isnin.

Acara itu akan menampilkan beberapa negara yang lebih kuat seperti Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

Bagaimanapun, penganjur kemudiannya telah memperkenalkan acara berpasukan campuran baharu tersebut hanya untuk pihak yang lemah dalam sukan tersebut.

Antara negara yang dibenarkan bertanding untuk acara tersebut adalah Kemboja, Laos, Myanmar, Brunei dan Timor-Leste.

Perubahan peraturan itu bukan sahaja melibatkan sukan badminton, ia juga berlaku dalam perlumbaan bot tradisional.

Dimana acara tiga anak kapal itu khusus untuk beberapa negara yang lemah sahaja.

Seorang pegawai Singapura, yang enggan namanya didedahkan, berkata: “Saya rasa ia merendahkan nilai pingat kerana juara bukanlah pasukan terbaik yang boleh bermain.

“Rekod itu akan menunjukkan acara badminton dan lumba bot tradisional memenangi pingat emas tahun ini. Tetapi apabila orang melihat senarai peserta, mereka akan menyedari tiada negara yang lebih kuat bertanding.

BACA: Kemas Berbaju Batik, Kontinjen Malaysia Pamer Corak Tradisional Di Pentas Pembukaan Sukan SEA Kemboja

“Mereka tidak melakukan perkara sedemikian dalam Sukan utama lain seperti Sukan Asia, Komanwel atau Olimpik. Jadi ia tidak sepatutnya berlaku di Sukan SEA juga. Jika itu untuk tujuan pembangunan dan kesedaran, ini harus dilakukan dalam kejohanan berasingan,” kata pegawai itu.

Kelebihan kepada tuan rumah

Ketua delegasi Thailand, Thana Chairprasit memberitahu Bangkok Post bahawa negara tuan rumah mempunyai kelebihan untuk menambah atau mengalih keluar acara.

Perubahan itu boleh memberi kelebihan keseluruhan kepada negara tuan rumah.

Pengarah teknikal Persatuan Badminton Singapura, Martin Andrew dan pengurus besar Persatuan Bot Naga Singapura, Raizal Abdul Jalil lebih diplomatik.

Andrew merasakan keputusan dalam acara badminton itu membolehkan negara yang kurang maju dalam sukan ini berpeluang untuk mengambil bahagian.

Ini kerana mereka tidak akan mempunyai pemain yang mencukupi untuk acara berpasukan lelaki atau wanita.

Pelarasan lain yang telah dibuat oleh Kemboja adalah dalam acara gimnastik dan pingpong, di mana atlet tidak lagi dibenarkan menyertai semua acara.

Acara gimnastik pula, atlet hanya terhad kepada dua rutin sahaja sebagai tambahan kepada pasukan dan individu secara keseluruhan.

Sumber: The Straits Times

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka