Jimat Masa, Ini “Step” Ikat Tali Leher Dengan Mudah & Cepat
Tali leher merupakan salah satu aksesori yang dipakai dalam kalangan kaum lelaki.
Kebiasannya, kaum lelaki akan menggunakan tali leher untuk dipakai semasa mereka bekerja. Selain itu, ia juga sering dipakai untuk menghadiri majlis formal seperti menghadiri mesyuarat, temu duga dan lain-lain lagi.
Bahkan, pemakaian tali leher juga adalah wajib dalam kalangan pelajar lelaki di sesetengah sekolah sehingga ke peringkat universiti.
Namun begitu, mengikat tali leher bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan penelitian dan perlu dilakukan dengan kemas.
Apatah lagi jika anda terlambat bangun dan hari yang sama juga perlu memakai tali leher. Sangat merumitkan.
Jangan risau, memakai tali leher ini sebenarnya mudah jika dilakukan dengan betul dan mempraktiknya selalu.
Baru-baru ini, penguna akaun Twitter @Nodoro Kakung memuat naik perkongsian mengenai cara mengikat tali leher yang mudah.
Ikuti perkongsian di bawah ini. Semoga bermanfaat.
BACA: Guna Tali Mop, Ini Cara Tanam Daun Sup Agar Tumbuh Subur
“Step” ikat tali leher dengan mudah
Cara pertama pegang tali leher menghadap ke depan. Letakkan tali di tangan kanan, pastikan hujung tali yang diletakkan sampai ke paras siku sahaja.
Selepas itu, hujung tali yang kecil ambil dan pusingkan ke arah kiri.
Kemudian, pusingkan hujung tali leher itu ke arah kiri mengelilingi bahagian tali leher yang besar sebanyak tiga kali dengan jarak yang sama.
Langkah seterusnya, masukkan lipatan tali leher di dalam lipatan tali leher yang pertama.
Selepas itu, tarik tali itu sehingga kelihatan bentuk segi tiga pada bahagian di tengah-tengah tali leher.
Langkah terakhir, tarik tali leher secara perlahan-lahan pada setiap hujung tali leher sehingga tali leher itu betul-betul kelihatan kemas, dah siap!
Selamat mencuba.
Kalau nak lebih jelas dan faham, jom tonton video di bawah ini.
Cara cepat dan mudah mengikat dasi … pic.twitter.com/gw4RgxMOwm
— Ndoro Kakung (@ndorokakung) May 7, 2023
BACA: Mungkin Anggap Sebagai Hadiah Untuk Tuan, Kucing Curi Pakaian & Makanan Milik Jiran
Sumber: Ndoro Kakung