Siakap Keli
cara tanam daun sup
Gambar: Mai Vo Dyakonov

Guna Tali Mop, Ini Cara Tanam Daun Sup Agar Tumbuh Subur

Guna Tali Mop, Ini Cara Tanam Daun Sup Agar Tumbuh Subur

Daun sup adalah sejenis tumbuhan hijau yang digunakan untuk masakan. Untuk sesetengah masakan seperti sup, penggunaan daun tersebut sangat penting bagi membangkitkan aroma.

Mesti ramai menganggap bahawa menanam daun sup adalah susah kan? Terutama jika tinggal di rumah high rise.

Jangan risau, SK kali ini akan berkongsi mengenai penanaman daun sup yang paling senang.

Baru-baru ini, pengguna Facebook @Mai Vo Dyakonov memuat naik perkongsian mengenai cara untuk menanam daun sup walaupun kawasan rumah kurang mendapat cahaya matahari.

Menurut perkongsiannya, daun sup yang ditanam tidak  perlu dijaga dengan rapi tapi masih hidup dengan segar.

Ikuti perkongsian di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Cara saya tanam daun sup wajib hidup walaupun kurang matahari dan kasih sayang serta selalu kena tinggal.

Daun sup suka air tetapi tidak suka tanah lembap dan tidak suka air kena batangnya.

Daun sup saya tanam sejak September 2022 memang ada untuk makan setiap hari. Ahamdulillah hidup sampai ke hari ini.

Sejak saya tanam pun saya rasa baru 2 kali saya buh baja.

Daun celery saya baru tanam sahaja pada February tahun ini baru tanam tapi sudah banyak kali dapat makan.

Baja yang sesuai diguna untuk penanaman kaedah ini ialah baja hydroponic atau baja AB.

Campur dalam air mengikut sukatan di botol kemudian baru tuang ke dalam bekas bawah pasu ini.

Tanah pula saya guna tanah mix 10 in 1 campur dengan tanah merah sikit.

Cara Tanam Daun Sup Yang Mudah

Bahan-bahan: 

Pasu bunga

Bekas kosong sama ukuran dengan pasu bunga

Tali mop yang tebal

Batu-batu kecil

Tanah

Batang daun sup

Langkah-Langkah Menanam Daun Sup

Langkah pertama, rendam batang daun sup dengan air selama dua hari dan sediakan bekas yang berukuran sama dengan pasu bunga. 

Selepas itu, ambil tali mop dan masukkan tali mop di lubang pasu bunga, hujung tali mop pastikan ke arah bawah.

Kemudian, masukkan batu-batu kecil dengan kuantiti separuh di dalam pasu bunga. Selepas itu,  masukkan tanah di dalam pasu, Tanah yang digunakan ialah tanah mix 10 in 1 campur dengan tanah merah sikit. 

Pastikan tanah yang dimasukkan mesti menutupi tali mop yang telah dimasukkan di dalam pasu bunga awal tadi. 

Langkah berikutnya, siram air sedikit di tanah agar tanah itu menjadi sedikit lembap.

Selepas siram, buat lubang kecil di tengah-tengah pasu untuk menanam batang daun sup nanti.

Kemudian, barulah ambil batang daun sup yang telah direndam selama dua hari itu dan letak dalam lubang tadi dan gemburkan tanah untuk menanam batang daun sup itu.

Selepas semuanya selesai, letakkan sedikit air ke dalam bekas kosong yang berukuran pasu bunga kemudian letakkan bekas tersebut di bawah pasu bunga itu. 

 Akhir sekali, air perlulah ditukar setiap  tiga atau empat hari sekali. 

Selamat mencuba!

Sumber: Mai Vo Dyakonov

Ezzatul Syafiqah