Siakap Keli
Hubungan rapat YDPA Agung
Kredit Istana Negara via Facebook

Istana Negara Dedah Hubungan Rapat YDPA Agong Dengan Raja Charles III

Istana Negara Dedah Hubungan Rapat YDPA Agong Dengan Raja Charles III

Pada 6 Mei lalu, Istiadat Pertabalan Pemerintah United Kingdom (UK) Raja Charles III telah diadakan dengan penuh tertib dan tradisi di Westminster Abbey, London.

Istiadat Pertabalan itu juga telah menyaksikan ramai pemimpin negara dan Raja-Raja di seluruh dunia berangkat bagi menyaksikan pertabalan tersebut.

Tidak ketinggalan ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta KDYMM Seri Paduka Banginda Raja Permaisuri Agong.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua itu adalah atas persilaan Baginda Raja Charles III sendiri.

Menurut perkongsian Istana Negara di Facebook rasminya, lawatan khas itu amat penting dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada antara Malaysia dan UK.

“Lawatan khas itu amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi antara Malaysia dan UK. Terutamanya di antara Institusi Diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel,” tulis perkongsian muat naik tersebut.

Persahabatan selama empat dekad

Muat naik itu turut berkongsikan beberapa keping gambar Baginda bersama Raja Charles III yang telah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad lagi.

Persahabatan antara dua pemimpin itu bermula sewaktu mereka menyertai sukan Polo bersama-sama ketika masih remaja di London.

Kredit Istana Negara

Baginda dan Raja Charles III juga sering menyertai pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa bagi acara sukan berkuda tersebut.

Kredit Istana Negara

Untuk pengetahuan kali terakhir lawatan Baginda ke Istana Buckingham ialah pada 12 Oktober 2022 lalu bersempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III.

Kunjungan tersebut dibuat bersempena dengan lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua yang berkunjung ke London dari 10 hingga 16 Oktober yang lalu.

BACA: Pertabalan Raja Charles III Tarik Perhatian Dunia

Kali terakhir istiadat yang sama diadakan adalah 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953.

Ketika itu, Tanah Melayu (kini Malaysia) masih belum merdeka dan Institusi Yang di-Pertuan Agong belum lagi wujud.

Sempena istiadat pertabalan Raja Charles III, Malaysia turut diwakili dalam perarakan pertabalan besar-besaran. Perakan menyaksikan pembabitan kira-kira 6,000 anggota tentera UK termasuk 400 anggota tentera dari 38 negara Komanwel.

Sumber: Istana Negara via Facebook, BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka