Indah & Tenang, Wanita Kongsi “Trip” Ke Sulawesi Yang Ramai Tak Tahu
Percutian ke luar negara sememangnya sesuatu yang cukup memenangkan fikiran. Lebih-lebih lagi destinasi yang dituju bebas dan tenang dari kesesakan lalu lintas dan orang ramai.
Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh setiap orang sama ada secara ‘solo’, berkeluarga mahupun berpasangan.
Di Indonesia, sektor pelancongan sudah tidak menjadi perkara asing kerana negara Garuda ini kaya dengan pelbagai bentuk muka bumi yang memukau pandangan pengunjung termasuklah lambakan pemandangan gunung berapi.
Harini pihak SK akan berkongsikan lokasi percutian yang masih belum diketahui ramai di Indonesia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Mel Mel di Facebook Kumpulan Backpackers Buddies Malaysia (BBM) di bawah.
“Trip” Ke Sulawesi
Salam semua berkongsi sedikit pengalaman saya dan suami bercuti ke Sulawesi Tengah dan Utara antara 23 dan 30 April baru ni.
Sulawesi offers travellers untouched unparallel beauty, tak touristy seperti Bali dan Lombok and orang-orangnya baik sangat. We met as friends and left as family. they will invite you to their houses for a meal
BACA JUGA: “Hotel 3 Bintang Tapi Macam 5 Bintang,” Ni Antara Sebab Orang Malaysia Tak Henti-henti Masuk Jepun
Antara aktiviti yang unik dan menarik ialah Danau PaisuPok ataupun tasik cermin dengan air yang sangat biru dan jernih. Kami berkesempatan berenang dalam air dingin di tasik cermin ini.
Satu lagi aktiviti unik ialah berenang di Gua Babanang yang bersambung dengan air laut. Pengalaman indah lain ialah dapat berenang bersama-sama whale sharks di Gorontalo.
Pantai-pantai yang kami lewati ialah Pantai Oyama, Pantai Mandel, Pantai Pulo Dua dan Pantai Poganda, semuanya hanya suami, saya dan guide.
Tiada tourist-tourist atau orang lain di pantai. Terasa sangat-sangat privasi making it easier untuk fly drone for videos dan photos. Air Terjun Piala juga sangat cantik and again sangat privasi hanya kami bertiga di hari kami pergi.
Food and ground travel relatively cheap. Flights kami ambik AirAsia dari KLIA2 ke UPG, Makassar. Bermalam di Ibis aiport hotel and esoknya fly ke Luwuk. Guide tunggu kami di Luwuk.
Highly recommended Sulawesi trip ni. You will be blown away i guarantee. Guide cakap kami orang Malaysia pertama dia bawak. So please go sementara Sulawesi belum lagi busy and terlalu touristy. TQ admin approve posting.
Sumber: Mel Mel via Facebook Kumpulan Backpackers Buddies Malaysia (BBM)