Siakap Keli

“Hotel 3 Bintang Tapi Macam 5 Bintang,” Ni Antara Sebab Orang Malaysia Tak Henti-henti Masuk Jepun

Seperti yang kita tahu, Jepun, adalah salah satu negara yang paling mesra pelancong, lebih-lebih lagi buat korang yang baru pertama kali nak melancong ke luar negara atau nak cuba-cuba melancong secara solo.

SK sendiri sebelum ini tidak pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, namun baru-baru ini min berpeluang untuk ke sana dengan kerjasama Klook sempena kempen melawat Jepun, #KonnichiWOW. Antara negara-negara yang min pernah pergi, min jamin yang Jepun ni antara negara paling senang untuk diterokai terutama untuk korang yang baru cuba nak melancong ke luar negara.

Selain dinobat sebagai negara paling selamat dan mudah diterokai pelancong, ini sebab kenapa korang kena pilih Tokyo, Jepun sebagai destinasi untuk pelancongan.

1. Mudah untuk kemana-mana

Dengan adanya sistem keretapi nombor 1 di dunia di Jepun, korang boleh pergi ke hampir semua tempat di Tokyo menaiki keretapi. Sebagai pelancong, kemudahan pengangkutan adalah sangat penting untuk mengelakkan kerugian.

Pada hari pertama min tiba di Lapangan Terbang Narita, min bergerak ke hotel kediaman menaiki Tokyo Skyliner. Perjalanan menaiki kereta akan mengambil masa dalam tempoh sejam. Tetapi dengan Tokyo Skyliner, masa yang min ambil cuma 36 minit saja. Korang boleh beli tiket di kaunter Skyline & Keisei Information Centre di dalam lapangan terbang Naritu atau pun beli secara online melalui laman web Klook di pautan ini.

Gambar: Keretapi Skyliner yang menghubungkan Lapangan Terbang Narita dengan Tokyo.

Sementara masih di lapangan terbang Narita, korang juga boleh beli kad SUICA di mesin layan diri. Kad SUICA berfungsi sama macam kad Touch n’ Go di Malaysia. Kad ini sangat membantu untuk korang naik keretapi dan juga bas di Tokyo nanti.

Gambar: Kad Suica untuk digunakan menaiki keretapi di Jepun.

2. Persekitaran dan hotel yang sangat bersih dan dijaga rapi

Jepun memang tak dapat diasingkan dengan kebersihan. Rata-rata rakyat Jepun semua telah diajar sejak kecil untuk menjaga kebersihan, dan buktinya kita boleh lihat semasa perlawanan bola FIFA Qatar baru-baru ini. Jadi tidak dinafikan lagi, hotel-hotel di Jepun sangat bersih dan dijaga rapi. Kawasan di Tokyo juga sangat bersih dan cantik. Ruang khas untuk merokok juga disediakan di setiap jalan. Di Tokyo tidak dibenarkan untuk merokok di mana-mana melainkan di ruang khas tersebut. Sepanjang percutian min di Jepun juga, boleh kata semua tempat termasuk jalan raya sangat bersih dan kemas.

Gambar: Shinjuku. Nampak bersih dan kemas.

Untuk kediaman, min duduk di Hotel Villa Fontaine yang terletak di Shiodome, Tokyo selama 6 hari 5 malam. Lokasi hotel ini strategik di tengah bandar Tokyo dan stesen keretapi terletak betul-betul di bawah bangunan hotel ini, memudahkan untuk perjalanan ke mana-mana. Hotel yang min duduk selama 6 hari ni, sangat bersih dan kemas, selesa untuk diduduki.

Hotel ini dinilai sebanyak 4 bintang pada kadar sebanyak RM367 untuk satu malam. Untuk harga yang sedemikian dan juga lokasinya, min rasa hotel ini sangat berbaloi untuk pelancong baru. Korang boleh buat tempahan Hotel Villa Fontaine – Shiodome di pautan ini. Oh ya, wifi di hotel ini juga sangat laju. Korang tak perlu risau kalau nak berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan di Malaysia.

3. Bandar yang penuh dengan aktiviti, pasti tak akan bosan

Pada hari kedua, min berkesempatan untuk melawat Skytree, menara tertinggi di Jepun setinggi 634 meter, hampir menyamai ketinggian menara Merdeka 118 iaitu 679 meter. Dari menara ini, korang boleh melihat hampir keseluruhan bandar Tokyo dan juga Gunung Fuji.

Gambar: Skytree, Tokyo
Gambar: Gunung Fuji dari Skytree

Selain Skytree, SK juga dapat menikmati kecantikan lampu di taman tema Yomuriland yang terletak cuma satu jam perjalanan dari hotel menaiki kereta api.

Ada banyak aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di Tokyo, antaranya taman tema Disneyland dan juga menyewa pakaian tradisi Jepun, kimono. Untuk memudahkan melakukan aktiviti-aktiviti ini, korang boleh beli Klook Pass Tokyo yang boleh disuai padankan mengikut aktiviti yang korang mahu.

4. Alam flora yang cantik dan nyaman

Kalau korang dah bosan dengan suasana bandar Tokyo, korang juga boleh merasai khazanah alam Jepun yang terletak di sekitar pinggiran bandar Tokyo.

Untuk hari ketiga, min ke daerah Gunma yang terletak lebih kurang 2 jam dari bandar Tokyo menaiki bas. Di daerah Gunma ni korang boleh pergi ke ladang strawberi, buffet ketam all-you-can-eat, dan Taman Bunga Ashikaga. Ladang strawberi korang kena cuba sebab sangat manis & juicy dan juga korang boleh makan sepuas-puasnya! Korang tak perlu pening kepala kalau nak ke Gunma ni. Korang boleh book day tour dekat sini, semuanya akan diuruskan.

Gambar: Strawberry Farm, Gunma
Gambar: All-you-can-eat crab buffet, Gunma

Hari keempat, min pergi ke Nikko, juga 2 jam sahaja dari Tokyo jika menaiki keretapi. Kalau yang layan siri Initial D, mesti tahu tempat ni. Irohazaka, Nikko ni adalah litar perlumbaan di dalam siri Initial D yang mempunyai 48 selekoh!

Gambar: Gunung Nantai dari Stesen Keretapi Tobu-Nikko

Tapi Nikko adalah lebih dari sekadar litar perlumbaan. Toshogu Shrine juga terletak di Nikko, tempat di mana Ieyasu Tokugawa, shogun yang paling dikenali dimakamkan. Di Toshogu Shrine ni, korang boleh lihat senibina lama Jepun. Boleh la fe-feeling seperti seorang ninja.

Gambar: Toshogu Shrine, Nikko

Nikko juga terkenal dengan kolam air panas Nikko Onsen dan Tasik Chuzenji yang terletak 1,269 meter dari paras laut. Korang boleh naik cruise untuk menikmati pemandangan tasik yang berkeluasan 11km persegi ini. Kalau korang nak ke Nikko, min galakkan beli pas ni dekat sini. Pas ni cover dari harga tiket keretapi dua hala dari Asakusa, Tokyo ke Shimo-imaichi, Nikko; dan juga bas persiaran di dalam kawasan Nikko.

Gambar: Bas persiaran di Bandar Nikko

5. Aktiviti menarik yang Instagramable

Dah pergi melancong jauh-jauh, mesti la nak share gambar menarik dekat followers-followers korang kan? Pada hari kelima di bandar Tokyo, min berpeluang mempelajari cara-cara membuat sushi dekat sini. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya banyak steps yang perlu dilalui. Lepas dah siap cantik-cantik, boleh ambil gambar dan share di Instagram untuk followers tengok! Selain tu, korang juga boleh sewa baju kimono dan yukata di Kimono Miyabi, Asakusa.

Gambar: Sushi yang min buat sendiri

6. Makanan halal dan tempat solat yang mudah dicari

Antara sebab utama kita takut hendak melancong ke luar negara adalah persoalan tempat solat dan makanan halal. Jangan risau, di Jepun makanan halal amat mudah dicari. Korang cuma perlu buat carian halal food near me dalam Google Maps, dan akan keluar banyak hasil carian.

Sama juga untuk tempat solat, cuma buat carian mosque nearby dan akan keluar hasil carian.

Gambar: Gyumon Halal Yakiniku, Shibuya
Gambar: Pilihan makanan ramen halal di Ayam-YA

Melancong ke negara asing adalah satu idaman bagi setiap orang, tapi ia boleh jadi satu pengalaman yang agak menakutkan lebih-lebih lagi apabila kita tak pernah keluar dari tanah air Malaysia. Sebagai permulaan, bolehlah cuba-cuba melancong ke negara matahari terbit ni dulu. Nanti bila dah rasa confident, boleh melancong ke negara yang lebih mencabar. Tapi, kalau korang tak pasti apa nak buat atau tengah plan itinerari di Jepun, korang boleh tengok aktiviti-aktiviti menarik di Klook.

Amira

Love yourself.