Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ditahan Selepas Dipercayai Kencing Di Tempat Wuduk

Nurhanis
lelaki kencing tempat wuduk
Kredit: Onn Hafiz/Twitter

Lelaki Ditahan Selepas Dipercayai Kencing Di Tempat Wuduk

Seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana didakwa membuang air kecil di tempat wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor pada selasa.

Lapor Channel New Asia, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penahanan lelaki berusia 69 tahun itu dibuat sejurus selepas laporan dibuat pada petang selasa.

“Saya sedia maklum berkenaan isu seorang lelaki yang berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di CIQ BSI.

“Untuk makluman semua, suspek lelaki berusia 69 tahun itu telah ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan petang semalam.

“Saya berharap agar kita semua lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di Twitter pada Rabu.

Rakaman video berdurasi 11 saat menunjukkan lelaki itu sedang berehat di sudut bahagian wuduk berhampiran surau, pada Selasa.

Kebiasaannya, umat Islam menggunakan kawasan wuduk untuk mengambil wuduk dengan membersihkan beberapa anggota sebelum menunaikan solat.

Seorang lelaki yang merakam video itu memaklumkan kepada suspek bahawa bilik tersebut adalah bilik untuk solat.

Walau bagaimanapun, warga emas tersebut tidak menunjukkan rasa hormat dengan tidak mengendahkan kata-kata lelaki berkenaan.

Pun begitu, suspek telah melakukan permohonan maaf sebelum klip itu dipotong.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata permohonan reman akan dibuat pada Rabu di Mahkamah Johor Bahru, memetik Awani.

Video tersebut kemudiannya tular di Facebook dan mendapat tontonan melebihi daripada 17,000 kali.

Dalam komen Facebook pada salah satu video, Onn Hafiz meninggalkan komen bahawa suspek telah ditangkap di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Seksyen 295 menyebut mana-mana orang yang mencemarkan tempat ibadah boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

BACA: Guna Tiga Bahan Mudah, Ini Cara Elak Kucing Kencing Merata Di Rumah

Kejadian sama, wanita kencing di kaunter

Kejadian yang sama turut terjadi apabila seorang wanita dirakam dalam video sedang membuang air kecil di belakang kaunter tertutup di kompleks CIQ di BSI.

Pada Isnin, Jabatan Imigresen Johor berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Pengarah Jabatannya, Baharuddin Tahir mengutuk sekeras-kerasnya insiden jelik yang berlaku itu.

“Adalah salah untuk membuang hajat di khalayak ramai, terutamanya di bangunan itu kerana BSI adalah bangunan kerajaan yang sangat terjamin.

“Sekiranya orang itu tidak lagi dapat menahan pundi kencingnya, maka dia sepatutnya meminta bantuan daripada kakitangan BSI untuk pergi ke tandas awam,” jelasnya.

Sumber: Channel New Asia, Onn Hafiz/Twitter, Awani