Siakap Keli
Lidah hitam dan berbulu
Gambar: Mirror

Wanita Panik, Lidah Tiba-Tiba Bertukar Hitam Dan Berbulu Lepas Makan Antibiotik

Wanita Panik, Lidah Tiba-Tiba Bertukar Hitam Dan Berbulu Lepas Makan Antibiotik

Seorang wanita terkejut sebaik mendapati lidahnya menjadi hitam dan berbulu kerana alergik terhadap antibiotik, menurut jurnal perubatan.

Wanita yang tidak disebutkan namanya itu dilaporkan menghidap kanser rektum dan diberi ‘minocyline’ apabila dia tiba-tiba mengalami kesan sampingan akibat kemoterapi.

Namun selepas mengambil ubat itu, lidah wanita daripada Jepun itu telah bertukar hitam dan berbulu.

Menurut Universiti Fukuoka di selatan Jepun, keadaan seperti ini biasanya disebabkan oleh kebersihan mulut yang tidak baik, merokok dan alkohol.

Ia juga boleh berlaku kerana antibiotik yang mengubah tahap bakteria dalam mulut pesakit.

Laporan yang didedahkan dalam Jurnal Perubatan British menyatakan: “Pada pemeriksaan fizikal, hiperpidmentasi kelabu meresap diperhatikan pada wajahnya, yang tidak pernah diperhatikan sebelum ini.

Pada pemeriksaan rongga mulutnya, tompok hitam kecoklatan dengan papila lingual filiform seperti rambut yang menonjol telah menutupi dorsum lidah, yang menyakitkan.”

Selain itu, pesakit juga mengalami perubahan pada kulit wajahnya yang menjadi kelabu. Keadaan itu akan menunjukkan peningkatan dalam tempoh enam minggu akan datang apabila pesakit ditukar kepada ubat yang berbeza.

Sindrom mulut terbakar

Tahun lepas, seorang wanita disahkan menghidap sindrom mulut terbakar, gangguan jarang berlaku yang menyebabkan dia mempunyai lidah kuning berbulu dan kulit berdarah.

Pesakit bernama Alyssa, seorang pembantu produksi dari Upstate New York, AS, mula menyedari sedikit sensasi kesemutan di hujung lidahnya pada Jun 2019.

Dia cuba menggosoknya, namun tidak lama kemudian sensasi itu mula merebak ke seluruh mulutnya dan sukar dibendung lagi.

Dalam beberapa minggu, wanita berusia 24 tahun itu mendapati lidahnya seperti terbakar dan kelihatan merah terang. Keadaan itu merebak sehingga ke gusi dan pipinya.

BACA: Alfie Best Jr. Anak Jutawan UK Kongsi Reaksi Ayahnya Selepas Peluk Islam

Alyssa juga mula mengalami mulut kering, sakit gigi, kulit mengelupas dan berdarah. Dia turut merasakan metalik yang pelik dalam mulutnya dan menyebabkan dia berasa tertekan.

Mula-mula dia menyangka bahawa dia telah melecurkan lidahnya tetapi selepas berunding dengan doktor, dia didiagnosis dengan sindrom mulut terbakar.

Sindrom mulut terbakar adalah keadaan yang jarang berlaku di mana ia menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan pada mulut, bibir dan lidah. Ia sama seperti ketika seseorang mengalami lidah yang melecur.

Pakar perubatan mulut memberitahu Alyssa bahawa tiada penawar untuk penyakit itu, tetapi ubat kumur kompaun clonazepam yang dibuat khusus mampu mengatasinya.  Alyssa juga turut diberi ubat Gabapentin oleh doktor yang lain.

Malangnya, dia berkata ubat itu tidak berkesan dan dia dibiarkan menangangi gejala yang menyakitkan itu sendirian.

Sumber: Mirror

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.