Siakap Keli
order gigi palsu dapat gigi mainan
Kredit Mothership, Shin Min

Warga Emas Tertipu, “Order” Gigi Palsu Dapat Gigi Mainan

Warga Emas Tertipu, “Order” Gigi Palsu Dapat Gigi Mainan

Seorang warga emas di Singapura yang membeli enam set gigi palsu bernilai RM218 kecewa selepas barang yang dipesan sampai dalam bentuk gigi mainan, lapor Mothership.

Luo Tailan, 65, memberitahu Shin Min Daily News bahawa dia terjumpa hantaran Faccebook yang mengiklankan gigi palsu tersebut pada April 2023 lalu.

Gigi palsu itu ditawarkan pada harga yang murah dengan promosi ‘beli tiga, dapat tiga percuma’.

Menurutnya, video yang disertakan menjelaskan bahawa pembeli yang membeli tiga set gigi palsu bahagian atas layak dapat tiga set gigi palsu bahagian bawah secara percuma.

Luo berkata bahawa dia mendapati promosi ini agak menarik, jadi dia bersetuju untuk membeli enam set gigi palsu dengan jumlah keseluruhan 65 usd Singapura.

Selain menggunakan sepasang, dia bercadang untuk memberikan sepasang kepada kakak dan rakannya.

Bagi menguruskan penghantaran, dia kemudiannya diarahkan untuk meninggalkan komen pada siaran itu dengan nama dan alamat kediamannya.

Kira-kira dua minggu kemudian, Luo menerima bungkusan itu dan membayar kos penghantaran. Kemudian dia membuka bungkusan itu dan terus mencuci gigi palsu tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika dia hendak mencubanya, dia menyedari bahawa ia tidak boleh digunakan sama sekali.

“Apa yang mengejutkan, ‘gigi palsu’ yang saya beli tidak lebih daripada mainan kanak-kanak,” kongsi Luo.

Kredit Shin Min Daily News

‘Gigi palsu’ jelas seperti plastik mainan

Berdasarkan gambar perkongsian Luo kepada Shin Min, ‘gigi palsu’ itu jelas menyerupai plastik dan tidak seperti gigi palsu yang betul.

Menurut laman web SingHealth, gigi palsu sebenar biasanya diperbuat daripada akrilik atau gabungan akrilik dan logam.

Luo yang kecewa mendapati dia kemudiannya sudah tidak dapat menghubungi penjual untuk mendapatkan bayaran balik.

Luo juga sempat meninggalkan banyak komen pada siaran Facebook asal untuk memberikan amaran kepada pengguna lain agar tidak membuat pembelian.

BACA: Alfie Best Jr. Anak Jutawan UK Kongsi Reaksi Ayahnya Selepas Peluk Islam

Namun begitu, penjual akhirnya memadam semua hantaran berkenaan iklan penjualan gigi palsu tersebut.

Luo berharap dengan perkongsian pengalamannya, ia dapat memberi maklumat kepada pembeli yang lain daripada tertipu.

“Adalah satu perkara yang keji untuk menipu orang tua. Lagipun warga emas seperti saya tidak mempunyai pendapatan, dan wang sangat sukar diperoleh,” luah Luo lagi.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.