Siakap Keli

Lelaki Miliki 82 Gigi Lebihan, Jalani Pembedahan Selama Tiga jam

INDIA- Seorang lelaki didakwa mempunyai 82 gigi lebihan dan melakukan pembedahan bagi membuang lebihan giginya di India.

Doktor di Institut Sains Perubatan Indira Gandhi (IGIMS) di Patna, Bihar baru-baru ini melakukan pembedahan pada seorang remaja yang mempunyai tumor yang jarang berlaku.

Nitish Kumar, 17 tahun, menderita tumor kompleks yang disebut ‘odontome’ dirahangnya selama lima tahun, yang dilaporkan satu daripada 100,000.

Menurut India.com, keadaannya bertambah buruk kerana kekurangan rawatan. Menjelang pembedahan, menunjukkan rahangnya bengkak teruk.

Hasil imbasan menunjukkan Nitish mempunyai gigi berlebihan dan sekumpulan gigi yang besar dilihat di bahagian bawah rahangnya dengan dua gumpalan besar.

Nitish menjalani pembedahan selama tiga jam dan doktor berjaya mengeluarkan 82 gigi lebihannya.

Dilaporkan tumor yang dialami menyebabkan kerosakan pada gigi yang tumbuh.

“Selama pembedahan, kami dapati bahagian gigi terkumpul pada bahagian belakang rahang yang menyebabkan 82 gigi mengembang. Kini, pesakit sihat akan dapat keluar (dari hospital) dengan sedera,” kata Dr. Priyankar Singh, IGIMS Patna.

Sumber: India.com

Atiqah Aliah