Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JAECOO J5 EV Takeover Jelajah Lembah Klang, Perak & Pulau Pinang Selama Tiga Minggu

OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan kempen ‘JAECOO J5 EV Takeover’ selama tiga minggu bermula hari ini hingga 13 Disember bagi mendekatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik itu kepada orang ramai.

Iklan

Menurut syarikat itu dalam kenyataan, kempen berkenaan menggabungkan konvoi empat kenderaan dengan penjenamaan khas, aktiviti interaktif hujung minggu serta peluang pandu uji di Lembah Klang, Perak dan wilayah utara.

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata kempen itu bertujuan memberi peluang kepada pengguna melihat, meneroka dan merasai sendiri pengalaman pemanduan JAECOO J5 EV.

“Menerusi J5 EV Takeover, kami melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dengan membawa SUV elektrik kami ke jalan raya, mencetuskan keterujaan ke mana sahaja kami pergi dan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasainya sendiri.

“Kami mahu semua orang melihatnya, menerokainya dan paling penting, berada di belakang stereng serta merasai perbezaannya sendiri,” katanya.

Konvoi berkenaan menampilkan sebuah kenderaan utama dengan replika palam pengecasan DC gergasi pada bumbung, yang direka bagi menarik perhatian orang ramai sepanjang jelajah.

Peringkat pertama berlangsung di Kuala Lumpur dan Selangor dari 24 hingga 29 November, dengan acara sementara atau ‘pop-up’ di The Campus, Kuala Lumpur pada 28 dan 29 November.

Jelajah kemudian diteruskan ke Perak dari 1 hingga 6 Disember, termasuk acara hujung minggu di HUGH’S Ipoh pada 5 dan 6 Disember.

Peringkat terakhir meliputi wilayah utara dan Pulau Pinang dari 8 hingga 13 Disember, dengan acara di Hin Bus Depot, Pulau Pinang pada 12 dan 13 Disember.

Menurut kenyataan itu, pengunjung boleh menyertai sesi ‘Coffee Rave’, cabaran interaktif dan aktiviti ganjaran, selain mendapatkan peluang memandu uji JAECOO J5 EV.

Orang ramai turut boleh menyertai peraduan ‘Snap & Win’ dengan mengesan serta mengambil gambar konvoi berkenaan untuk menerima aksesori loket eksklusif JAECOO, sementara stok masih ada.

Pada penghujung kempen, 10 pemenang bertuah masing-masing akan menerima kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM50.

Sementara itu, pelanggan yang layak dan mendaftarkan JAECOO J5 EV baharu berpeluang memenangi iPhone Duo menerusi kempen ‘GO ELECTRIC & WIN’ yang sedang berlangsung.

Syarikat itu turut menawarkan pengecasan tanpa had selama setahun melalui JomCharge bagi pembelian untuk tempoh terhad, tertakluk kepada terma dan syarat.

Menurut OMODA | JAECOO Malaysia, lokasi aktiviti dan butiran program tertakluk kepada perubahan, dengan sebarang perkembangan akan diumumkan melalui saluran media sosial rasminya.

Intipati
  • Kempen JAECOO J5 EV Takeover berlangsung tiga minggu hingga 13 Disember di tiga wilayah.
  • Jelajah itu menampilkan konvoi empat kenderaan berpenjenamaan khas dan aktiviti interaktif hujung minggu.
  • Pengunjung boleh memandu uji JAECOO J5 EV, menyertai peraduan dan menerima ganjaran terpilih.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan