Siakap Keli

Sajian Raya Berasaskan Tumbuhan yang Ringan & Enak daripada yumeat™

Shah Alam, 15 Mei, 2023 – Rakyat Malaysia meraikan Hari Raya dengan penuh kegirangan dengan menikmati pelbagai sajian lazat bersama keluarga dan rakan. Namun, sekiranya anda biasa memasak, menyediakan sajian katering mahupun menikmati sajian yang enak pada musim perayaan ini, anda mungkin berasa jemu. Apakah yang boleh anda lakukan untuk kurangkan rasa jemu tetapi pada masa sama masih dapat menikmati kelazatan sajian Hari Raya?

Dengan sajian berasaskan tumbuhan kian menjadi pilihan popular dalam kalangan flexitarian di seluruh dunia, pasukan yumeat™ telah menghasilkan resipi-resipi enak bagi individu yang ingin menikmati sajian Hari Raya tanpa pengambilan daging secara keterlaluan yumeat™ membolehkan anda merasai sajian kegemaran tanpa berkompromi terhadap keenakkan rasa, manfaat nutrisi mahupun kelestarian alam. Ia mudah digantikan ke dalam sajian tradisi berdaging pada Hari Raya tetapi dengan rasa yang lebih ringan berbanding daging. 

Rangkaian yumeat™, produk daging berasaskan tumbuhan yang sedia dimakan dan stabil pada suhu bilik yang pertama di Malaysia, telah membangunkan lima resipi yang ringan dan enak serta memberikan sentuhan flexitarian pada sajian popular Hari Raya. Sajian kegemaran yang menyelerakan ini amat mudah disediakan di rumah dan pastinya mengubah selera anda selepas banyak menikmati hidangan perayaan yang sarat dengan daging. 

Padat dengan protein sehingga 10 gram bagi setiap hidangan 100 gram, yumeat™ memberikan tekstur dan rasa daging yang anda idamkan tetapi dengan kebaikan seperti rendah lemak tepu dan 0mg kolesterol. Tiada ramuan yang menjejaskan kesihatan dalam yumeat™, sebaliknya ia mengandungi ramuan bersih: protein tumbuhan daripada kacang soya bukan GMO, gandum, oat dan cendawan serta bebas daripada hormon, antibiotik, MSG dan bahan pengawet.

Perbaharui selera anda menerusi lima resipi tradisi yang dipertingkatkan dengan rangkaian berasaskan tumbuhan yumeat™: Popiah Goreng bersama Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Pedas, Bubur Lambuk dan Tauhu Bergedil bersama Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Klasik, Roti John dan Pulut Panggang bersama Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang. (Klik di sini untuk resepi penuh). 

Popiah Goreng

Popiah goreng sentiasa mempunyai tempat di meja makan semasa minum petang pada bulan Syawal. Untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan baharu cubalah versi ringan dan mudah yumeat™. 

Tumis bawang Holland dan putih sebelum memasukkan Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™. Campurkan lobak merah dan lobak putih yang telah diparut serta air. Biarkan masak sehingga kering. Kemudian tambahkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa sebelum menabur hirisan daun bawang. Biarkan inti popiah sejuk buat sementara waktu. Apabila inti sejuk, masukkannya dalam kulit popiah dan lipat kemas sebelum digoreng sehingga warna keemasan-emasan. Angkat dan ia sedia untuk dihidang.

Masa penyediaan: 2 jam. Hidangan: 5 orang

Bubur Lambuk

Yumeat™ memang sesuai untuk digunakan dalam resipi bubur lambuk. 

Goreng 180 gram Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Klasik yumeat™ yang dipotong kiub dan ketepikan. Masakkan nasi bersama air yang banyak dan hirisan halia dalam sebuah periuk nasi sehingga tekstur seumpama bubur. 

Tambahkan rempah sup dan ubi. Apabila ubi hampir masak, tuangkan santan dan masukkan garam serta lada sehingga cukup rasa. Untuk meningkatkan lagi rasa sajian anda, hiaskan Bubur Lambuk yang disediakan dengan Daging Berasaskan Tumbuhan yumeat™, bawang goreng dan daun bawang.

Masa penyediaan: 1 jam 30 minit. Hidangan: 3 orang

Tauhu Begedil

Tauhu yang disumbat bersama daging dan ubi yang dilenyek, kemudian digoreng sehingga keemasan dan dimakan bersama sos manis dan pedas adalah satu sajian makanan jalanan enak yang dikenali ramai sebagai Tauhu Begedil.

Lenyek ubi yang telah digoreng. Gaulkan ubi lenyek bersama Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Klasik yumeat™ yang telah dipotong kiub, bawang merah goreng, serbuk lada hitam dan daun bawang. Sumbatkan campuran ubi lenyek ke dalam tauhu.Kemudian, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk berasingan. Salutkan tauhu dengan telur tadi dan goreng. Hidangkan Tauhu Begedil anda bersama kicap bercili. 

Masa penyediaan: 1 jam 30 minit. Hidangan: 4 orang

Roti John

Sediakan satu lagi sajian jalanan kegemaran ramai, Roti John, di rumah menggunakan resipi mudah yumeat™. 

Campurkan telur, daun bawang, Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang yumeat™ dan cendawan kisar untuk membentuk campuran seperti telur dadar. Panaskan pan dan masukkan sedikit mentega. Tuangkan sedikit daripada campuran telur ke dalam pan dan letakkan roti hot dog yang telah dipotong memanjang di atas campuran itu. Biarkan ia masak sebelum diangkat. Kemudian, letakkan hirisan daun salad di bahagian tengah roti dan letakkan mayonis dan sos cili di atasnya.

Masa penyediaan: 30 minit. Hidangan: 2 orang

Pulut Panggang

Sediakan pulut panggang yang ringkas dan mudah di rumah. Ini caranya: 

Kukus beras pulut selama 5 minit. Gaulkan bersama santan dan garam dan teruskan kukusan sehingga pulut masak sempurna. Biarkan pulut sejuk. 

Sediakan daun pisang. Kemudian, sendukkan sedikit pulut yang telah dimasak dan letakkan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang yumeat™ sebagai inti pulut panggang. Balut daun pisang dengan rapi dan selitkan pencungkil gigi di kedua-dua hujung lipatan daun pisang bagi memastikan daun tidak terbuka. Panggang pulut yang telah dibalut dalam sebuah pan panas.

Masa penyediaan: 1 hingga 2 jam. Hidangan: 4 orang

Daging Berasaskan Tumbuhan yumeat™ dibuat dan dipek dalam tin-tin steril dengan kawalan kualiti oleh Ayam Brand™, jenama kegemaran dan dipercayai dalam industri makanan dalam tin dengan legasi selama 131 tahun. Rangkaian produk yumeat™ diiktiraf Halal oleh JAKIM. 

Harga dan Ketersediaan 

Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Klasik dan Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™ boleh didapati pada harga RM7 bagi tin 190g dan RM12.90 untuk tin 360g, manakala Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang yumeat™ dijual pada harga RM6.25 untuk tin 195g.

Produk yumeat™ boleh didapati secara meluas di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Lotus, Jaya Grocer, MYDIN, Hero, 99 Speedmart, Village Grocer, Bens atau dengan melayari kedai Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada. Ikuti laman https://www.facebook.com/yumeat.malaysia  atau https://www.instagram.com/yumeat.malaysia/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, resipi-resipi dan promosi menarik.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa