Siakap Keli
Argentina kadar faedah
Gambar: RONALDO SCHEMIDT/AFP

Argentina Naikkan Kadar Faedah Sehingga 97 Peratus

Argentina Naikkan Kadar Faedah Sehingga 97 Peratus

BUENOS AIRES — Bank pusat Argentina semalam telah menaikkan kadar faedah sebanyak enam mata kepada 97 peratus susulan inflasi, lapor AFP.

Peningkatan kadar faedah yang dilakukan oleh kerajaan negara itu sebagai langkah menangani inflasi yang dijangka melambung tinggi menjelang pilihan raya umum Oktober nanti.

“Langkah ini bertujuan untuk mencegah turun naik kewangan daripada mendorong kepada jangkaan inflasi,” maklum bank itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, media tempatan turut melaporkan kerajaan bakal mengumumkan beberapa langkah pada minggu akan datang. Tambahan lagi, mesyuarat juga telah diadakan bagi membincangkan isu berkenaan.

Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa menyatakan pihaknya akan mencari jalan untuk menangani masalah itu sebelum pilihan raya umum diadakan.

Dalam pada itu, Presiden Argentina, Alberto Fernandez berharap dengan langkah yang diambil oleh bank pusat ini dapat menurunkan kuasa beli dolar.

BACA JUGA: Ekonomi Global “Semakin Hampir” Kepada Kemelesetan – Ketua Bank Dunia

Tambahnya, ramai di antara rakyat tempatan memilih menukar Peso kepada mata wang Amerika Syarikat itu sebagai benteng inflasi.

Menurut bank pusat, Argentina telah kehilangan lebih daripada RM 24.7 bilion ($5.5 bilion) dalam rizab antarabangsa yang telah menurun kepada RM150.5 bilion ($33.5 bilion) sejak awal tahun ini.

Untuk makluman, kenaikan kadar faedah tersebut merupakan kali kedua dalam tempoh kurang sebulan yang dilakukan oleh bank itu selepas kadar inflasi meningkat kepada 109 peratus pada April lalu.

Ekonomi Tidak Stabil

Negara ekonomi ketiga terbesar di Amerika Latin itu dilaporkan sedang bergelut dengan masalah itu. Hal ini kerana nilai mata wang Peso jatuh 20 peratus daripada nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat dalam satu minggu pada pertengahan April lalu.

Secara ringkas, ia jatuh sebanyak 500 berbanding dolar pada kadar pertukaran tidak rasmi kira-kira dua kali ganda daripada kadar rasmi. Kadar rasmi bagi negara itu adalah 238 sebelum stabil pada 470.

Berikutan itu, bank pusat bertindak balas dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 10 mata kepada 91 peratus. Difahamkan, inflasi mencecah paras tertinggi pada 2022 dengan 94.8 peratus sejak tiga dekad.

Bagaimanapun, ia dilaporkan terus meningkat sehingga hampir mencapai 109 peratus pada April. Perkara itu menjadikan kos sara hidup meningkat kepada 31 peratus sejak 1 Januari lalu.

Menurut statistik 2022, lebih 39 peratus penduduk di Argentina hidup dalam kemiskinan.

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?