Siakap Keli
coach rosman berkat perut
Kredit: Facebook

Comelnya, Yang Lain “High 5”, Giliran Coach Rosman Semua Minta ‘Berkat’ Kat Perut

Comelnya, Yang Lain “High 5”, Giliran Coach Rosman Semua Minta ‘Berkat’ Kat Perut

Dalam apa-apa pun acara sukan, jurulatih biasanya akan melakukan beberapa perkara untuk menaikkan moral pemain sepanjang perlawanan.

Antara perkara yang dilakukan adalah mengadakan sesi roll call untuk memberikan kata-kata pembakar semangat kepada pemain, berdoa dan sebagainya.

Selain itu, sudah menjadi satu perkara lazim di Malaysia untuk bersalaman dengan guru dan jurulatih sebelum menghadapi momen-momen penting dalam kehidupan seperti peperiksaan dan perlawanan.

Selain lambang keadaban orang timur, perbuatan ini juga biasanya sebagai tanda memohon restu dan tanda terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kita.

Namun, dalam keadaan tertentu, ada yang tidak sempat untuk bersalam dengan guru atau dibatasi kerana perbezaan jantina dan sebagainya.

Ada yang sekadar ‘high five‘ dan ‘fist bump‘ sesama sendiri kerana ia lebih menjimatkan masa, lagi-lagi apabila sudah masuk waktu kecederaan.

Comel, minta berkat dekat perut coach Rosman

Sungguhpun begitu, ada juga yang mengubahsuai cara ‘meminta berkat’ dengan cara yang lebih intim dan biasa dilakukan apabila anak murid tersebut betul-betul rapat dan akrab dengan tenaga pengajar.

Beginilah cara ‘manja’ yang ditunjukkan oleh skuad badminton negara semasa sesi roll call ketika Piala Sudirman 2023 .

Dalam episod keempat Suzhou Diaries yang ditayangkan menerusi Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM, ia memaparkan kisah skuad badminton Malaysia semasa Piala Sudirman 2023 berlangsung.

Pada akhir siaran tersebut, semua skuad badminton berkumpul bagi sesi taklimat untuk menghadapi perlawanan pada keesokkan harinya.

Boleh tahan comel dan manja skuad badminton kita terhadap jurulatih kesayangannya

Selepas sesi tersebut tamat, mereka telah melakukan ‘high five‘ sesama sendiri. Namun, salah seorang daripada ahli pasukan tersebut tidak menerima ‘high five‘ daripada pemain.

Apabila para pemain sampai di hadapan Jurulatih Rosman, mereka tidak memberikan high five kepada jurulatih tersebut.

Sebaliknya, mereka mengungkap rasa sayang dengan lebih manja iaitu menepuk perut jurulatih tersebut. Ada yang mengusapkan kepala pada perutnya, ada juga mencucuk perut jurulatih dengan menggunakan jari.

 

@mochiii1122 Look at malaysia team with their coach rosman razak . CUTEEEEEE 😭😭😭 #malaysia #sudirmancup2023 #badminton #fyp #foryoupage ♬ SHOUT OUT x BLANK SPACE – C_M2261

Walaupun mendapat layanan begitu manja dari anak didiknya, jurulatih tersebut tidak kekok malah membiarkan sahaja perut untuk diusik oleh anak-anak didiknya.

Biasanya, tindakan tersebut dilakukan bagi orang yang benar-benar rapat dengan diri kita.

Tindakan comel skuad badminton Malaysia telah ‘mencairkan’ hati rakyat Malaysia. Mereka beranggapan bahawa Coach Rosman telah mendidik skuad badminton negera dengan menerapkan nilau kekeluargaan yang tinggi sehinggakan hubungan mereka menjadi akrab.

komen coach rosman
Kredit: TikTok

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: @mochiii1122 via TikTok, Badminton Association of Malaysia – BAM via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma