Siakap Keli
sukan sea thailand ganas
Gambar: AFP

Insiden Ganas Final Sukan SEA, FA Thailand Mohon Maaf

Insiden Ganas Final Sukan SEA, FA Thailand Mohon Maaf

Persatuan Bola Sepak Thailand dalam satu kenyataan kesal dengan insiden ganas yang tercetus dalam perlawanan akhir Sukan SEA bertemu Indonesia semalam.

Menurut badan induk bola sepak Thailand itu, pihaknya akan menghantar permohonan maaf secara rasmi kepada semua pihak yang terjejas dengan insiden berkenaan.

Permohonaan maaf juga ditujukan kepada semua peminat bola sepak, khususnya di Thailand di atas insiden yang dianggap memalukan negara itu..

Perlakuan berkenaan turut memberikan kesan kepada imej pasukan kebangsaan apabila kekecohan yang berlaku disiarkan secara langsung dan kini menjadi perhatian dunia, kata FA Thailand lagi.

”Pemain, termasuk barisan kejurulatihan, dianggap sebagai wakil kepada persatuan, bola sepak dan juga warga Thailand dimana mereka perlu menunjukkan sikap profesionalisma sepanjang masa.

”Dalam apa jua situasi, setiap tanggungjawab perlu disempurnakan secara matang dan kekal tenang ketika berdepan tekanan,” kata FA Thailand.

Sehubungan itu, badan berkenaan sedang meneliti secara terperinci dan mendapatkan maklumat sebenarnya berkenaan insiden berkenaan utuk tindakan lanjut.

FA Thailand juga menegaskan tiada mana-mana pihak yang akan terlepas atau dilindungi daripada sebarang tindakan sekiranya didapati bersalah.

”Siasatan juga akan dimulakan sebaik sahaja seluruh anggota pasukan bola sepak berkenaan tiba di Thailand,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, insiden panas tercetus dalam perlawanan akhir melibatkan kedua-dua pasukan selepas jaringan penyamaan, 2-2 oleh Thailand.

Kekecohan dipercayai berlaku ekoran tindakan meraikan jaringan tersebut secara berlebihan daripada pasukan kejurulatihan dan teknikal skuad Gajah Perang itu.

Melalui lensa kamera, mereka dilihat berlari menuju ke tempat duduk pemain simpanan pasukan Indonesia sebelum bertembung dengan beberapa pemain lawan.

Situasi kemudian berjaya ditenangkan sebelum aksi bersambung semula. Namun, insiden panas lebih teruk tercetus sekali lagi dengan kamera merakam ada staf kejurulatihan Indonesia mengalami kecederaan.

Ekoran itu, pengadil terpaksa melayangkan kad merah kepada beberapa staf kejurulatihan daripada kedua-dua belah pihak. Pihak polis juga terpaksa campur tangan bagi mengawal situasi daripada bertambah parah.

Perlawanan tamat dengan Indonesia berjaya membawa pulang pingat emas selepas berjaya menundukkan Thailand 5-2.

BACA: Untung Besar, Tiket Konsert Coldplay Dijual Semula Setinggi RM20,000

Sumber: FA Thailand

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.