Siakap Keli
tiket coldplay jual semula
Kredit: Carousell

Untung Besar, Tiket Konsert Coldplay Dijual Semula Setinggi RM20,000

Untung Besar, Tiket Konsert Coldplay Dijual Semula Setinggi RM20,000

Hari ini, kebanyakan peminat Coldplay di Malaysia berhempas pulas untuk mendapatkan tiket konsert jelajah kumpulan muzik tersebut di Malaysia pada November akan datang.

Ada yang sudah bersiap sedia di hadapan komputer riba masing-masing bagi mendapatkan tiket yang dijual secara atas talian bermula pagi tadi.

Namun begitu, populariti kumpulan tersebut menyebabkan ada peminat berputih mata apabila mereka gagal untuk mendapatkan tiket konsert itu.

Difahamkan, tiket konsert berkenaan habis dijual dalam tempoh yang singkat sahaja. Pada masa yang sama, ada yang mengadu gagal mengakses laman web yang menjual tiket konsert tersebut kerana jumlah trafik yang tinggi.

Dalam pada itu, beberapa pihak mula tampil menjual semula tiket-tiket konsert yang dibeli melalui platform jual beli atas talian.

Berdasarkan tinjauan di laman web Carousell, terdapat berpuluh-puluh akaun menjual tiket tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Secara purata, setiap penjual akan menjual semula tiket-tiket konsert berkenaan dalam lingkungan harga RM2,000- RM8,000, bergantung pada kelas dan jumlah tiket.

Kredit: Carousell
Kredit: Carousell
Kredit: Carousell
Jual Semula Tiket Coldplay
Kredit: Carousell

Jual semula tiket Coldplay dengan harga yang sangat tinggi

Setakat ini, ada penjual yang telah menjual semula tiket Coldplay dengan meletakkan tanda harga setinggi RM20,000.

Menurut perincian pada produk tersebut, penjual itu menjual empat tiket VIP (My Universe) dengan harga tersebut.

Untuk makluman, sekeping tiket VIP (My Universe) dijual dengan harga RM2,108. Manakala, harga sebenar bagi keempat-empat tiket sepatutnya bernilai dalam lingkungan RM 8,432. Ini bermakna, penjual tersebut telah mengambil keuntungan sebanyak RM 11,568.

Jual Semula Tiket Coldplay
Kredit: Carousell

Sebelum ini, tiket konsert jelajah dunia Coldplay: Music Of The Spheres dilaporkan habis dijual oleh Live Nation pada 1.00 tengah hari tadi. 

Pengumuman tersebut telah disiarkan melalui Twitter rasmi penganjur berkenaan baru-baru ini. Pihak penganjur turut mengingatkan orang ramai agar tidak membeli tiket -tiket konsert tersebut menerusi penjual yang tidak beratuliah.

“Kami mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli tiket daripada sumber yang bertauliah atau laman web pihak ketiga.”

“Tindakan membeli tiket melalui kaedah yang tidak bertauliah, pembeli perlu menghadapi risiko kerana kesahan tiket berkenaan tidak dapat disahkan, serta tidak layak menerima pampasan.”

Live Nation mengingatkan bahawa pihaknya tidak akan bertanggungjawab atas segala pembelian tiket menerusi saluran yang tidak bertauliah.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: Live Nation via Twitter, Carousell

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma